Wednesday 29 April 2015

Nira Nipah Gulai Temenung


Cuti balik kampung dulu adik bawa kami sekeluarga menikmati nira nipah fresh di  Ladang Nipah Kipli di Sanglang. (boleh google)

Perghhhhh… ladang ni tercorok nuuuunnnn dipelosok sana. Tapi pelanggan tak putus-putus datang. Dia buat pondok-pondok rehat menarik di dalam ladang nipah ni. 
Keramat hidupku


Tiap-tiap pondok di hiasi dengan nasihat-nasihat agama dan bacaan ayat suci al-Quran berkumandang di seluruh pelusuk ladang. Patutlah Allah buka pintu rezeki dia luas walau dari segi logik, lokasi nya hmmmm…

Anak-anak belajar sesuatu di sini. Rezeki milik Allah, jika kebergantungan kita 100% kepada DIA, maka limpahan rezeki itu mengalir dari segenap arah yang tidak terfikir dan logik dari akal kecil manusia.

Buai tepi wakaf

Wakaf rehat
Lepas menghabiskan berjag-jag nira nipah fresh di ladang ni, kami meneruskan perjalanan ke lokasi gulai ikan temenung fresh tepi Kuala Sanglang. Memang ikan sangat fresh, ratah ikan goreng je boleh dekat 50 ekor, puas hati makan. Goreng garing, dengan nasi dan sambal belacan. Fuh!

Nikmat Allah yang manakah ingin aku dustakan?

Layan... gulai & temenung goreng

Posing tu wajib tak kira cuaca


Buat orang Kedah yang belum try, anda rugi! Buat orang KL nak lepak Kedah, banyakkkk tempat menarik di sini.

Hari ini nak balik kampung, nanti I cerita lagi tempat-tempat best. InsyaAllah. Stay tune… 
The Family

The Kuala

Sunday 26 April 2015

Jangan dibuang, sayang...

Kemas-kemas rumah, rasa macam 'terlebih' barang dalam rumah ni. Asingkan beberapa benda untuk di bagi pada orang. Rasa nak tukar perabot warna putih. Antara yang nak di buang, 1 troli dan 1 meja bulat.
Tekun gosok dengan kertas pasir

Dah lama pakai, dekat 15 tahun. Tak beli pun, dapat hadiah dari kedai perabut sebab selalu rekomen kawan-kawan beli di kedai dia. Dah letak tepi tong sampah dah, tiba-tiba anak tanya kalau boleh dia repair.

Mula-mula was-was juga, tapi apa nak rugikan...Bagi RM30 untuk dia beli
1 keping kertas pasir
3 tin cat spray warna putih
1 tin kecil pengilat.

Jom tengok apa jadi...

Gosok dan gosok lagi

Teliti 1 layer, tunggu kering baru spray next layer

Yang kecik tu sabar tunggu giliran nak spray

Almost berwajah baru dah.

Saturday 25 April 2015

Rancang Travel Budget

Assalamualaikum and good day everyone!

Ramai juga yang tanyakan saya, jika bercuti 1 bulan dengan keluarga besar macam saya. Banyak tak duit habis? Jawab saya ikhlas, banyak... lebih-lebih lagi bila melancong bersama anak-anak yang masih bersekolah dan tiada pendapatan sendiri. Untuk golongan yang memang kaya raya, mungkin tiada masalah. Namun golongan yang berpendapatan sederhana seperti kami perlu banyak membuat penyelidikan dan perancangan yang teliti agar percutian keluarga tidak menjadi beban yang menjauhkan ikatan keluarga.
Tapi semua boleh di capai dengan perancangan yang baik. InsyaAllah. Mohon pada Allah permudahkan segalanya. Yang pertama, seluruh isi keluarga kena jelas, peranan dan tanggung jawab masing-masing. 'Mesyuarat' progress perjalanan perlu diadakan dari masa ke semasa.

Terus terang, jika ingin mengeluarkan gedebuk RM60-70K sekali gus, (budget percutian 1 bulan untuk keluarga 6 anggota) memang agak keberatan sebab jumlah tu macam-macam boleh buat kan... :)

Trip keluarga saya ini bermula setahun sebelum kami benar-benar berangkat. Bermula dari persetujuan bersama tentang destinasi, durasi, dan things to do sepanjang trip nanti. Kira macam plan itinerary lah. Lagipun kita kena ingat, matawang kita akan mengecil. Memang pada kita banyak, tetapi bila di tukar, alaaahaiii sedih.
Sydney, Australia

Peringkat ke-2 adalah pembentangan estimated perbelanjaan sepanjang trip dan perbelanjaan yang perlu untuk kos domestik di Malaysia, maklumlah terpaksa bercuti untuk 1 bulan kan... takde gaji, jadi memang kena ambil kira semuanya.

Awal tahun saya dah target apa yang perlu dibayar dan bila pembayaran perlu di buat. Contoh, expenses untuk aktiviti akan saya buat pada suku akhir tahun tersebut. (dekat nak pergi baru bayar). Jadi saya guna sedikit duit (jumlah yang selamat) invest dalam beberapa projek kecil dengan pulangan yang mampu berkembang. Jadi dapatlah kami menikmati lebih banyak aktiviti.

Moeraki boulders, NZ
Anak-anak juga saya google kan siap-siap apa yang ingin mereka lakukan dan satu dua aktiviti tu akan mereka bayar sendiri. Ini juga menggalakkan mereka untuk menabung dan melatih sikap bertanggung jawab. Memang jumlah kecil namun mereka mula faham nilai duit. Cukup RM150 saya akan tukarkan AUD50 untuk dia simpan.
Christchurh, NZ

3 bulan pertama saya melengkapkan pembelian tiket. 3 bulan berikutnya saya melengkapkan tempahan bilik hotel di lokasi-lokasi yang saya agak 'pasti' jadual kami. Di lokasi-lokasi yang masih KIV, saya tukar wang dollar dan masukkan ke dalam sampul surat 'hotel'. Anggaran budget hotel boleh tengok di agoda.com, booing.com atau airbnb. Ini antara favorite site untuk booking hotel.

Bila bercuti, yang penting adalah keselesaan. Jadi saya tidak akan paksa kecilkan budget sehingga menekan keselesaan. Saya lebih rela pendekkan masa untuk disesuaikan kepada budget. Nasihat saya, bila kita travel akan involve banyak energy, driving, walking sepanjang hari. Jadi rehat yang secukupnya amat perlu.

Jika short trip masih ok untuk berasak-asak dan sedikit penat. Namun long trip, takut kepenatan menjadi stress dan stress menjadikan percutian pengalaman yang tak berapa best. kan...
Helicopter ride Queenstown

3 bulan selepas itu saya fokus pada transport dan expenses lain seperti makan, minyak kereta, parking (camp site fee) dan budget souvenirs. Memang kena details sebab dari segi pertukaran wang, duit kita akan amat-amat 'mengecut'.

3 bulan terakhir, saya ujudkan envelop-envelop aktiviti. Tiap-tiap satu saya siap tukar dollar dan masukkan ke dalam envelop. Harga tiket entrance aktiviti boleh didapati melalui cik google. so tanya ja lah. Sebab tu itinerary sangat perlu, sebab kita dah 'jelas' apa yang nak di buat.

Ballarat, Australia
Antara persiapan terakhir adalah, travel insuran, simpanan yang secukupnya di dalam bank untuk waktu-waktu kecemasan. Pastikan wang ini boleh di transfer secara online dan boleh di keluarkan di ATM international. Saya juga akan memastikan 2 atau 3 kredit can saya clear dari sebarang hutang. Ini juga adalah 'standby' budget jika ada keperluan yang tidak di duga sepanjang percutian.

Oh ya! budget domestik di Malaysia, biasa sejak awal tahun saya membuat bayaran rumah, bil dan lain-lain lebih dari sepatutnya. Contoh, jika rumah kita biasa bayar RM1k tiap bulan, saya akan lebihkan RM150 menjadi RM1150 sejak awal tahun.

Begitulah serba sedikit perancangan dari segi budget. InsyaAllah saya akan kongsikan tips perancangan pakaian dan pembahagian tugas dalam ahli keluarga. Moga sedikit sebanyak catatan saya boleh diguna pakai dalam perancangan percutian anda semua. Saya doakan anda mendapat percutian yang bahagia dan percutian itu mampu membawa anda lebih dekat kepada Allah S.W.T. Hanya itu tujuan kita berkelana. Mencari kesedaran untuk menjadi hambaNya yang bersyukur. InsyaAllah

Melbourne Kami Datang


Family Trip to Australia & New Zealand
7-30 November 2014

Departure 7/11/2014

Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada pukul 10:30 malam dan tiba di Melbourne pada pukul 8:20 pagi. Dalam penerbangan kami mengambil Seat Optimisation tu, jadi memang selesa dan dapatlah tido dengan nyenyak dan bangun fresh semasa tiba.

Day 1
8/11/2014

Sampai sini, nak custom clearance punyalah panjang….. dekat 1 jam juga beratur. Dan custom sangat-sangat strict pasal makanan yang di bawa. Kalau rendang bagai yang di masak kat rumah memang sedekah ke tong sampah ler jawabnya. Tapi makanan dalam tin ok walau dia agak strict pasal daging. Berikan lah senyuman terbaik untuk selamatkan daging dalam tin anda itu. Hehehehe… Makanan yang komersial packaging je ye. Alhamdulillah sambal bilis dia lepas, agaknya dia pun tahu orang Malaysia ngan sambal bilis memang kembar. Semua makanan di pack dalam 1 kotak dan saya buat list tampal kat luar kotak untuk senangkan dia. Alhamdulillah dengan kejujuran dia tak buka kotak kami.
Mujur bagi kamera sorang 1


Sampai di airport, kami ambil FREE shuttle ke tempat mengambil kereta sewa. Tak jauh sangat, kurang dari 5 minit perjalanan. Tapi memang impress sebab walau dekat, driver akan pastikan tiap passanger tu pakai seatbelt.  Memang berdisplin. Proses mengambil kereta sangat cepat kerana semua telah di pre-book melalui internet. Kami mengambil Hyundai Imax yang boleh muat 8 orang.
Keluarga saya terdiri dari 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Jadi kereta ini memang sangat selesa.

Oleh kerana, semua dah kenyang masa dalam flight,  (Elok ambil meal ye dan kami makan bila bangun dari tido) jadi semua orang macam cool je tak lapar. Ambik kereta terus kami mulakan perjalanan ke Great Ocean Drive.  Lalu bandar Lorne, kami beli buah-buahan. Anak-anak kat Malaysia tak makan strawberri, datang sini strawberi jadi paberet dia orang sebab besar dan manis sangat. 
Lorne


Singgah town saya beli sim kad Australia, since kami akan lama juga kat sini saya top up siap-siap AUD30 dan harga sim Telstar AUD2.  Cukup untuk pemakaian heavy internet seperti saya, 1G. Dan call ibunda tercinta hampir tiap hari.

Kami sampai di Apollo Bay agak petang sebab singgah-singgah ambik gambar dan berlari-lari kesana sini sebab anak-anak agak sejuk. Eh lupa pula nak check suhu. J

Kami stay di Apollo Backpackers. Ambil apartment untuk 4 orang melalui Agoda.com dan saya kenalah bayar additional AUD30 untuk 2 orang tambahan. Kat sini sangat strict, bukan macam kat Malaya boleh masuk je ikut kita dalam hotel tu. Tapi bilik sangat selesa dan



Lorne
ada dapur. So masak lah nasi dan makanan dalam tin yang di bawa. Hari ini makan sup daging dari brand Adabi. Sedap juga.


Alhamdulillah selesai solat segala, kami pun borak-borak dan tido. Tinggal mama je yang re-pack baju2 agak sepanjang di Melbourne tak yah buka beg besar, bawa beg pack je bila turun check in.

Malam perghhhhhhhh sejukkkkk. Walau berselimut 3-4 lapis masih terjaga kerana sejuk. Subuh pukul 4:22. Bangun subuh pastu dushhhh lari masuk bawah selimut balik. Untuk solat antarabangsa ada apps dia. Donlod ke telefon dan set untuk auto location.

Day 2
9/11/2014

Pagi bangun mama bagi breakfast nasi dan ayam masak merah. So memang kenyang ler budak-budak dan bapa budak. Kami pun mulakan perjalanan. Tengok le Iluka restoran yang halal di Apollo Bay tu, tapi kami amat kenyang.
Sepanjang jalan perjalanan memang cantik.

Bush Cape Otway, cantik kan?


Dari atas Lighthouse
Kami singgah di Cape Otway Lightstation. Sangat cantik pemandangannya. Dan kami enjoy sangat jalan-jalan dalam ‘bush’ dia. 
Cape Otway Lighthouse


Kami spend hampir 2 jam di Cape Otway Lightstation.  Bila dah nak masuk dalam kereta untuk meneruskan perjalanan, baru papa sedar, mana semua passport. Hah?????? Papa incharge jaga passport je, dan dia tertinggal di hotel. Kami pun skip ler ramai-ramai orang yang tengak dok ambik gambar wild Koala. Tekan minyak zushhh patah balik ke Apollo Bay. 


Sampai hotel, takde manusia pun. Masuk balik dalam bilik, tadaaa… memang adelah setambun passport dalam beg sandang papa dalam drawer bilik. Alhamdulillah. So, rezeki kami untuk lunch di Iluka restaurant. Kami makan 1 burger, 2 nasi goreng dan ayam, 1 fish & chips, 1 air botol, 1 air mineral total AUD58, hampir RM170. Redho je lah… hehehehe.  Sempat ler jalan-jalan beli poskad kat town, tulis dan simpan sebab hari ini  hari Ahad tak de orang jual stem.

12 Apolles 

My handsome boys

Layan foto di mana-mana, macam jalan kat kampung
kita je.

Sepanjang jalan kami stop di 12 Apolles, London Bridge dan few more stops.  Ambik2 gambar dan biar Iman Daniel mengasah bakat dalam photography dan kami pun dengan rela hati jadi dia punya model.

Suhu sangat sejuk, orang lain senyap sunyi dalam bilik,
budak-budak ni masih melompat kat luar.

Macam lah Malaya takde taman mainan

Bila dah agak petang, kami pun naik risau sebab jalan makin sunyi dan manusia semakin takde. Cepat sungguh dia orang ni masuk dalam rumah. Sunyi sepi je town. Kami drive terus ke pekan Warrnambool. Oleh kerana belum solat asar, kami decide untuk bermalam di Warrnambool. Ini lah best nya trip yang takde plan. Rasa penat kat mana… kat situlah kami bermalam. Kami tido di Motor Inn Guest House. 1 Family room dengan 1 Queen Bed dan 4 single bed AUD135. Sangat selesa.  Kat luar ada playground so, lepas semua solat mama biar dia orang lompat sepuas hati kat luar yang sejuk-sejuk tu. Agaknya mat saleh pun pelik tengok budak-budak ni. Macam tak pernah jumpa playground.

Malam kami tido awal sebab nak bangun subuh awal, takut tak jaga. Sungguh nyenyak sebab bilik ada heater.

Day 3
10/11/2014

Kami bangun pagi makan mee segera je. Mama panaskan nasi dan makan dengan sambal bilis. Kami akan menuju ke Ballarat untuk visit Souverign Hill. Sejarah tentang perlombongan emas. Tengok dalam GPS ambik masa 2 jam 30 minit perjalanan. Perghhh…  Tapi tak kisahlah sebab kami bukan nak rushing kemana-mana.

Perjalanan hari ini melalui ladang-ladang dan kawasan ternakan. Banyaklah nampak kuda. Haidar anak yang bongsu memang suka sangat kuda. Kami pun singgah few places tanyakan tapi banyak milik persendirian bukan untuk bagi public naik. Akhirnya bila sampai kawasan Ballarat nampak lah 1 pusat equestarian tapi malangnya tutup pada hari Ahad. Kesian Haidar.

Dalam perjalanan singgah beli buah dan pos poskad untuk ibunda tersayang. Strawberi dan epal yang rangup dan manis. J kami memang penggemar buah-buahan. Harganya lebih kurang Malaysia 1 kotak kecil AUD4 = RM12 tetapi strawberi di sini besar dan manis-manis.

Souverign Hill entrance 2 Adults + 4 Kids = AUD122. Ini gambar-gambar di Souvereign Hill.

Bandar ini berkembang dengan penemuan dan perlombongan emas di kawasan ini. Penduduk secara sukarela memelihara dan menjaga tapak perlombongan ini sebagai daya tarikan pelancung. Kesemua alatan dan proses melombong secara tradisi masih di kekalkan, malah rumah-rumah penempatan zaman dahulu masih di jaga dengan baik.
Mencuba nasib mendulang emas


Anak-anak sangat gembira kerana melihat sesuatu yang baru. Rata-rata sukarelawan masih memakai kostum seperti zaman dahulu termasuk, pekerja, orang awam dan kanak-kanak sekolah.

Mujurlah cuaca sangat baik dan tidak terlalu sejuk, jadi anak-anak tidaklah terlalu suram. Paling seronok apabila mereka bersungguh-sungguh mencuba nasib mencari emas di tali air yang mengalir. Kehulu kehilir dengan bersungguh-sungguh. Mama dan papa pula sangat happy sebab boleh duduk berehat.

Kami spend 3 jam di dalam Souverign Hill dan keluar untuk makan di Nandos di Ballarat town. 1 ekor ayam dan 1 burger + 1 coke + 1 mineral dalam AUD55.
Perbarisan askar di Souverign Hill

Lepas tu drive ke Melbourne yang mengambil masa 1:30 jam. Kami stay di Ibis Budget Backpackers. Family room 1 Queen dan 2 katil 2 tingkat RM520 book online.  Memang lokasi superb Melbourne CBD, tapi ada 1 masalah bila kita berkereta, takde parking. So kereta kena pergi letak di public parking, dalam 20 min jalan kaki. Parking perday AUD16.

So kami belajar sesuatu. Sewa kereta time nak jalan-jalan di luar Melbourne dan lepas tu terus hantar balik, sebab rugi je sewa dan parking. Tapi sebab kami ramai, luggage banyak so macam worth juga lah. Beg besar tinggalkan dalam kereta dan bawa beg kecil je untuk baju 2 hari.

Kat sini almost semua hotel ada laundry, sabun AUD2 Washer AUD4 dan dryer AUD4 total sekali basuh baju AUD10=RM30. Redho jelah ye…

Allah duga sikit bahu kiri mama macam terseliuh jadi tak dapat urus family dengan baik.  Nak pergi spital memang mahal giler lah. So sepanjang malam doa agar sembuh dan boleh meneruskan perjalanan. Survey jugalah tiket balik kalau tak mampu bertahan.

Day 4
11/11/2014

Plan nak pergi ke Puffing Billy hari ini tapi mama rasa macam tak berapa sihat dan malas nak jalan ke tempat parking kereta, so kami decide untuk jalan-jalan dalam Melbourne je.

Pagi anak-anak monyok sebab lapar. Mama dah tak boleh nak prepare makan sebab semua barang dalam kereta. Hotel kami di Elizabeth Street. 1 lorong sebelah je Swanston Street banyak kedai makanan halal. Alhamdulillah. Kami breakfast di kedai Indian yang ada chicken dan lamb halal. 10 ketul ayam dan 1 burger ayam, 2 botol air, dalam AUD55.

Lepas tu kami jalan kaki ke Eureka Tower Skydeck. Observation tower di tingkat 88. Jarak perjalanan dalam 1km dalam 13 min dari tempat kami breakfast.

Melihat pemandangan Melbourne 360” yang sungguh indah. Papa dan anak2 lelaki semua pergi ikut the EDGE iaitu dia orang masuk dalam satu bilik berlantai kaca dan melunjur dalam 3 meter keluar bangunan. Gayat juga lah. Mama dan kak Sya keluar di observation deck yang open air. Angin kuat hampir terlepas telefon dari tangan. Kos untuk 1 family dan 4 orang EDGE AUD88.

Kat atas ada tempat ambik gambar, anak sibuk nak ambik gambar pula, photo charge AUD12, dia orang berlakon kat green screen konon2 jatuh dari Eureka EDGE.

Kami lepak kat atas dalam 1 jam setengah dan kemudian turun dan ambik Yarra River Cruise. 30 minit AUD35 untuk 1 family. Macam lega lah juga kalau tidak kaki dah start lenguh dah. J

Lepas Yarra River Cruise kami singgah di Kedai HALAL Kebab dan beli 3 mix kebab + 1 chicken kebab dan 2 air. Dalam AUD49.

Kami makan kat bench tepi tu sambil tengok orang Melbourne balik kerja. Lepas tu kami balik bilik untuk solat. Ingat nak pergi St Kilda beach tapi semua dah malas gerak. Jadi kami lepak-lepak je kat bilik sebelum keluar dinner nanti.

Berbual dan berborak dengan anak-anak time macam ni yang paling best sangat. Rasa sangat-sangat close. Iman juga sempat berbual dengan penghuni hotel yang lain semasa sama-sama menggunakan laundry dan café. Suka sangat tengok keyakinan diri anak-anak meningkat bila berkomunikasi.
Haidar excited tengok kunci
berbagai saiz, bentuk dan warna

Day 5
12/11/2014

Mama dan papa bangun awal pagi hari ini. Beg-beg dah siap kemas dan tersusun rapi. Tinggal nak angkut ke bawah je. Baju untuk Melbourne sudah siap di cuci dan di masukkan dalam beg besar untuk kegunaan di Sydney nanti. Baju untuk New Zealand pula di masukkan dalam beg kecil. Cuaca di New Zealand masih sejuk sedangkan Australia sudah panas. Jadi pakaian memang berbeza. Bila time nak keluar, kami kejut anak-anak untuk mandi dan bersiap.

Mama dan papa berjalan kaki ke tempat letak kereta. Kagum sangat dengan penghuni bandar ini yang kuat bersenam. Ada yang berjalan, berjogging dan berbasikal ke tempat kerja. Sangat sihat. Energy dan suasana ceria ini pasti mempengaruhi gaya hidup mereka yang sangat positif. Best kan kalau budaya ini ada di Malaysia?

Berjalan kaki lebih kurang 15 minit sahaja, ikut short cut. Zaman sekarang dah canggih, pakai GPS, kalau zaman dulu pakai peta. Ingat tak? Senang sangat nak identify tourist sebab dengan kamera dan peta. Tourist zaman sekarang cuma pegang telefon, ada peta, ada kamera, ada information, tak perlu sapa orang keliling untuk tanya arah. Masing-masing bawa hal masing masing.

Ambik kereta terus pergi ambil anak-anak yang dah siap sedia berbaris. Bangga juga tengok disiplin anak-anak. Sangat bertanggung jawab dan bekerjasama. Kami singgah di restoran satu lorong dengan hotel dan ‘tapau’ breakfast roti canai. Restoran Malaysia.

Hari ini kami nak pergi ke Puffing Billy. Naik keretapi wap. Mesti anak-anak suka. Mama dan papa dah naik dulu, tapi demi anak-anak kami akan repeat lagi. Kalau ikut hati nak ke Philips Island. Tapi takpelah.

Senang sekarang sebab jadual train ada online dan estimated journey pun boleh tengok online. Jadi perjalanan sangat smooth. Sampai di stesyen, belum ramai orang beratur. Kami beli tiket ke Lakeside. Masa datang dulu cuma sempat sampai ke Menzies Creek. Kami naik di stesyen Belgrave. Parking sangat mudah. Anak-anak sangat teruja melihat keretapi zaman dulu dan kaki tangan Puffing Billy yang memakai uniform menarik. Rata-rata petugas adalah pesara dan mereka bertugas sebagai sukarelawan untuk memelihara khazanah warisan mereka.
Bila di jambatan ni yang anak-anak
excited

Masa ni Haidar tengah goyang loceng
Puffing Billy
Sebelum bertolak, ada liputan media pemimpin tempatan hadir. Haidar dan Iskandar di beri loceng pelepasan keretapi untuk di goyangkan.  Malangnya, tak sempat nak ambil gambar dengan pemimpin dan Haidar. Namun dalam berita malam tu, terperanjat bila tengok di TV.

Semasa stop di Menzies Creek, Haidar tersalah naik keretapi lain seorang diri. Ketika tu mama ke tandas, papa dalam keretapi menyangka Haidar dengan mama. Nasib baik sedar sejurus sebelum keretapi bertolak. Kalau tak, tak tahulah apa jadi, mahu mama lari sepanjang trek kejar anak.

Best sebab cuaca sejuk dan pemandangan sangat indah. Anak-anak bergayut di tepi tingkap. Nampak mereka gembira sangat. Papa dan mama puas hati dan sangat sangat bersyukur kepada Allah kerana di beri kesempatan begini.
Lakeside posing

Lakeside station sempatlah kami sekeluarga berjalan-jalan di tepi tasik, memberi makan burung dan berbual tentang semua benda. Iman sangat sibuk dengan kamera dia. Maklumlah sebelum datang bercuti, dia ikut Bengkel Fotografi Remaja Akademi Fotografi Professional. (AFP). 
Burung jinak Lakeside


Bagus juga ada aktiviti macam ni, sebab dia ada sesuatu yang dia looking forward untuk buat sepanjang hari. Kurang sikit bergaduh dengan adik-beradik dan mama papa pun kurang stress. Kalau dulu asyik berebut game tak kira walau di mana jua.

Petang, dinner dan pulangkan kereta. Kami bertolak ke airport dengan free shuttle dari tempat kereta sewa. Teruja untuk memulakan perjalanan ke Cristchurch, New Zealand.

Perkongsian trip ni adalah sebagai berkongsi idea perjalanan jika boleh membantu sesiapa yang membaca. Mungkin anda berhasrat untuk bercuti ke Melbourne gaya free & easy ni. Saya pun tak lah tahu banyak, cuma sikit-sikit tentang tempat-tempat yang telah kami jelajahi. Sila letak apa-apa soalan anda di ruangan komen. InsyaAllah saya akan bantu jika anda ada apa-apa persoalan untuk trip sebegini.

Nak tahu lepas Melbourne kami kemana? Klik Kaikoura Oh Kaikoura untuk next destination.