Kaikoura – New Zealand Nov 2014
Alhamdulillah Catatan perjalanan 2014 bersambung lagi.
Dari Melbourne kami menaiki Jetstar ke Christchurch. Flight
malam dan tiba 5am. Ada satu masalah bila book fligt yang macam ni. Nak book
hotel tak worth it, nak kena tunggu 8am baru semua office car rental buka.
Airport clearence lagi tough dari Australia, tapi since mama dari bumi
kangaroo, dia orang clearkan sebab properly pack, seal dan list kan untuk dia
orang semua barang mama bawa.
1st time nampak snowcap mountain |
Mujur lah si comel sangat sporting |
Perghhh… 5am ke 8am, 3 jam tu! Lepas solat terus cari port
nak tido. Waktu tido, anak belum puas tido, nak makan dok fikir mana nak cari
halal. Nak tido di airport kat sini memang takde peluang lah, landing sikit je,
dia dah datang kejut (security). Sebab tak benar tidur. Suhu, ngilu ke tulang.
Sweet memory di Kaikoura |
Susun beg, papa nyandar tido riba anak kecil. Yang lain
semua bersandar sambil pejam. Mama yang gelisah sebab kesiankan anak-anak.
Kehulu ke hilir mama dok fikir macam mana nak settle bila dia orang bangun
kejap lagi dan lapar. Tadi dalam flight mama tapau blurberry muffin. Moga dia
orang boleh terima.
Kat sini semua buka 8am. Jadi tak payahlah nak try kesana
sini untuk call apa-apa ofis sebelum 8am. Bagusnya airport ada free call phone.
Jadi tak payah ada phone line pun masih boleh contact hotel dan car rental
company.
Banyak hotel di New Zealand, mama tak pre-book. Mama bawa
envelop duit untuk book sebab trip ni NZ ikut sedap kaki. Mana rasa nak stop
memang kami akan stop. Tapi dah google, hari ni nak tuju bandar di utara South
Island ni, Kaikoura.
Family cabin : 1 Queen 2 bunk bed Yang best celik mata nampak snowcap mountain |
Hajat tu kalau ada masa nak cross dengan ferry ke North
Island melawat kawan sekolah di Wellington. Tapi tengok cuaca dan mood dulu ye,
sebab mama ada tengok video rough sea time crossing tu. Ngeri jugak.
Tepat on the dot 8am, mama dah boleh call ke pejabat car
rental. Yang lain semua lemau dan tersengguk-sengguk lagi. Terpaksalah mama
kehulu ke hilir, arrange trolly untuk ke kawasan pick up di tepi airport. Lepas
tu kejut dia orang. Mama beli simcard local pun di airport.
Nyenyak |
Sepanjang jalan tepi pantai. Lepas tunnel tu pemandangan makin cantik |
Aksi Iskandar |
Katanya cantik. Boleh horse riding di kawasan gunung. Mesti
best. Kat sini insuran tak wajib tapi mama ambil juga. Kerusi budak wajib. Mama
ambil Toyota Estima. GPS pun di sewa.
So, taklah kita risau sangat.
Rental 1 minggu dalam RM1500(all in). Lagi lama masa lagi murah. Minyak budget
dalam RM250 sehari (NZD70-90). Minyak mahal kat sini.
'Educating orang lain buat macam dia' |
Baru separuh bukit posing dah 30 kali |
Kaikoura dalam 2 jam perjalanan ke utara Christchurch.
Nampak je kedai jual buah mama terus singgah beli buah-buahan, susu dan coffee.
Suka sangat sebab banyak café kecil yang comel sepanjang jalan. Anak masih
lentuk. Mama sengaja tak kejut sebab takut dia orang mula cari makan.
Bila lapar, explaination pasal halal dan haram kurang digest
sikit, terutama yang kecil. So mama kumpul bahan makanan dulu baru kejut dia
orang.
Jalan sikit, stop ambik gambar lagi |
Sessi record video untuk family, cikgu sekolah dan kawan di Malaya |
Lebih kurang 1 jam perjalanan, dah mula nampak snow cap
mountain. Time ni dah tak boleh tahan, terus kejut anak-anak semua. Rugi pula
kalau biar dia orang tido. Memang lepas tu kerap berhenti ambik gambar.
tak tahu excited apa... |
Mama google online, book Top 10 holiday di Kaikoura. Pekan
kecil tapi kemas dan menarik. Kalau kami sambung lagi 2 jam akan sampai ke
Picton, pekan untuk cross ke North Island.
Tertarik ngan poster |
Ratusan lembu melintas |
Top 10 holiday dalam RM450 semalaman. Ada 1 queen dan 2 bunk
bed. Macam small bungalow. (budget hotel untuk family room lebih kurang RM500 semalaman). Kemas dan
sangat comfortable. Ada taman mainan dan campervan site. Ada laundry, dapur, TV
room dan playground. So lepak ngan anak-anak dalam camp site je pun dah fun.
Pemandangan dari bilik tido |
Positive quotes lagi. |
Hari2 try luck nak swim with the dolphin |
Plan nya hari tu nak pergi swim with the dolphin. Sampai
sana katanya all tours di batalkan sebab cuaca buruk. Rough sea. So kami pun
pergi mendaki bukit untuk melihat pemandangan Kaikoura dari puncak. Best, pecah
peluh jugalah.
Local mat saleh rasanya jogging je naik atas dalam 10 min.
Mama termengah-mengah 20 min nak sampai puncak. Keje stop bagi laluan. Cuaca
sejuk. Best.
Pemandangan snowcap mountain dan lautan biru sangat indah.
Takde perkataan nak gambarkan. Pergi je. Baru tau. Kami menghabiskan kualiti
masa yang sangat best. Anak-anak buat video ucapan untuk guru-guru dan nenek
dia orang.
lawan lompat pun jadi... |
Teringat juga dekat ibu di kampung. Kalau trip ni pendek,
pasti akan bawa dia. Sebab sebulan dia tak nak. Lagipun memang bannnnyyyakkk
sangat jalan setiap hari. InsyaAllah akan ku usahakan trip just dengan ibu
nanti, mungkin London ka. Waktu tenang
begitu terus submit doa.
Banyak sangat mama berdoa ketika tu. Banyak sangat yang mama
syukuri di dalam hati. Rasa macam tak mau turun dari bukit tu sebab best tengok
gelagat anak. Setakat minggu kedua ini, kami makin rapat dan mengenali jiwa
anak-anak lebih dalam. Mama dan papa pun kurang sikit jadi monster. Mungkin
sebab suasana.
Budak terlebih enjoy sebab hujung trip dia nak nangis, nanti citer |
Lepas tu kami lepak-lepak tepi laut tengok singa laut liar.
Masyarakat di New Zealand ni sangat menghormati dan memelihara alam sekitar.
Mereka selalu pesan, kalau kita swim ngan Dolphin, kita enter the dolphin world
not vice versa, jadi kena hormat tuan rumah. Buat apa yang dia suka, jangan
paksa dolphin buat apa kita suka. Bandar
pun sangat-sangat bersih. Dipersisiran pantai ramai sangat tempat makan Cray
fish. (rupa macam lobster).
Suasana tenang Kaikoura |
Cray fish, sedapppp saiz ni NZD70 |
Cray fish segar, memang nyummmmyyy sangat, Kalau you all
datang Kaikoura, cari kedai Don, kat hujung sekali, town dia tak sampai 1km
dari hujung ke hujung, so memang senang nak jumpa,
Biri-biri pun pelik tengok Haidar |
Hari-hari masak di communal kitchen sempat berborak ngan
ibu-ibu mat saleh di sana. Dia orang banyak pakai instant food. Tapi mama
Malaya ni, perempuan melayu terakhir, kari lah, tomyamlah, masak kicaplah,
masak merah bagai. Ada juga dua tiga orang kawan mat saleh datang bertenggek
tengok chef Malaya beraksi. Sempat lah juga mama ni buat kelas masakan tak
rasmi sebab duration mama masak sama je ngan timing dia orang masak instant
food.
Wild Seal |
The next day que sekali lagi untuk wild dolphin atau whale. Dah
siap briefing, siap naik bas pergi tepi pantai, siap telan pil mabuk laut,
cuaca pula tak mengizinkan, kena patah balik. Itulah New Zealand, semua
aktiviti sangat-sangat weather dependant. Redho je lah.
Sibuk 'kebumi'kan burung yang mati |
Pemandangan time kunyah burger kat kedai Don |
Wahhhhhh wish boleh bawa mak. Nanti next entry citer Hanmer Spring & Wai Ariki pula ye.
Stay tune.
Read entry sebelum sampai sini, Melbourne
Read entry sebelum sampai sini, Melbourne
No comments:
Post a Comment