Tuesday, 11 March 2014

Weekend GetAway- Menara Kuala Lumpur

Kalau hujung minggu kami selalu bawa anak keluar jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.
Ini untuk reward usaha keras mereka sepanjang minggu kesekolah, tuisyen, mengaji, ko-kurikulum dan sebagainya.

Aktiviti hujung minggu juga bagi ibu dan ayah rileks sikit sebab kalau sentiasa di rumah mama akan sibuk mengemas itu dan ini, memasak dan stress bila anak-anak bergaduh sesama sendiri. Aktiviti luar juga bagi peluang mama dan papa jalan pimpin pimpin tangan. hehehehe, itu yang penting.

Blue Coral Aquarium @ KL Tower.

Biasa aktiviti hujung minggu bergantung budget. Post kali ini antara low budget aktiviti. Kami seusai solat subuh, breakfast nasi lemak yang mama dan prepare sambal dan bilis malam sebelumnya. Cuma letak nasi sebelum ke surau pagi tu.

Aktiviti naik train, anak-anak memang suka. Dari train station naik bus, anak lagi suka. Time mama kecil teringin nak naik kereta, anak zaman sekarang boring naik kereta. Tiket masuk aquarium ni mama beli melalui Groupon. Murah je, tak lebih RM50 untuk seisis keluarga. (tak ingat actual price).

The journey tu yang anak-anak enjoy. Di kaki Menara KL ada option naik kuda.
Dia orang beli tiket train sendiri, dia orang baca sign board. Learning process naik train.

Involve anak-anak untuk pack makanan. Kami buat 'sanwich' roti ngan telur goreng, salad dan cili sos je. Yang kecik goreng sosej.
Balik dari trip buat pertandingan bercerita tentang trip tu. Yang paling best dapat RM20


We have fun! semoga bermanafaat untuk idea hujung minggu anda.

Thursday, 6 March 2014

January 2014 Taman Negara Kuala Tahan Pahang, Malaysia

Pada January 2014 Allah mengizinkan kami sekeluarga untuk menikmati dan mengagumi keindahan ciptaannya, Trip 4 hari 3 malam di Taman Negara Kuala Tahan Pahang.
Alhamdulillah. The best trip ever...

Sempena cuti tahun baru cina, kami sekeluarga book percutian di Mutiara Taman Negara Pahang. Untuk mengelakkan jam di musim perayaan kami bertolak sehari awal selepas maghrip menuju ke Jerantut. Journey santai melalui lebuh raya karak. Perjalanan KL ke Jerantut dalam 2 jam 30 min sebab memang kami bawa santai sangat-sangat. Berbual dan mendengar ceramah suami tentang kuliah-kuliah agama yang telah dia hadiri.

Dalam perjalanan terserempak dengan van jenazah, kami follow slow untuk jarak lebih kurang 20km sambil menghadiahkan ayat-ayat lazim. Semoga rohnya di tempat di kalangan orang beriman. Menginsafkan kami sekeluarga bahawa masa yang dipinjamkan Allah ini perlu di manafaatkan sebaik-baiknya sebagai bekalan ke sana nanti.

Sampai di Jerantut, check in hotel Inderapura di tengah pekan Jerantut. Pilih bilik family. Alhamdulillah. Selesa untuk melepaskan penat.

Bila kami bertanya  kepada staf hotel arah jetty Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara menaiki bot, mereka agak kehairanan. Katanya biasa orang memandu sehingga ke Kuala Tahan. Tapi anak-anak tetap nak naik bot.

Esok paginya kami bangun awal kerana takut terlepas bot 9:00pagi. Hotel ke Jetty lebih kurang 15km. Kalau memandu terus ke Kuala Tahan dalam 75km. Sampai di Jetty 8;30am belum ada mana-mana kaunter yang buka. Kami makan di gerai berhampiran jetty. Sekali lagi makcik gerai tu macam pelik kerana kami memilih bot untuk ke Taman Negara. Katanya jarang orang local (Malaysian) yang naik bot.

Makanan not bad... Pukul 9:00 am terus ke kaunter, daftar lesen ke Taman Negara RM1/pax dan lesen kamera RM5 per camera (applicable untuk Ipad dan smartphones)

Tambang bot, RM35 sehala. Pergi balik RM70 dan kami 6 orang sekeluarga. RM420. Ferry di penuhi dengan pelancung dari barat dan timur tengah. Kami je orang Malaysia.

hmm... setelah 1 jam perjalanan, then... I faham kenapa orang Malaysia lebih selesa memandu sampai ke Kuala Tahan.

Anak kecil nak ke tandas, maklumlah baru sudah breakfast. Tentu sekali takde tandas. So terpaksalah pujuk anak supaya tahan. Nasib baik dia tertidur di riba mama. Kejang juga kaki menahan sebab takut dia terjaga dan nak ke tandas lagi. Total perjalanan 3 jam. Fuhhh time tu teringat sangat berapa 75km jalan darat dengan baaanyakkkk tempat untuk ke tandas. Dah terlambat... setelah 2 jam, mama pula terasa nak ke tandas, tahannnnn lah sampai merah muka.

Sampai je, campak semua beg, mama tinggalkan anak-anak lari lintang pukang cari tandas. Dah tak peduli dah bersih ke tak redah je. Berebut-rebut dengan anak. Kenangan betul, boleh panjat bukit pasir yang curam giler dalam sekelip mata. Tandas punya pasal. hihihihihi

Ada banyak restoran terapung di Jetty Kuala Tahan dan banyak tempat parking kereta. Tapi kami tetap appreciate journey 3 jam ngan bot tadi... tersengih bangga sebab kami choose the classic way untuk datang. konon...

Mutiara Taman Negara cuma seberang sungai. Arus deras, kalau tak... berenang je. hihihihihi. Bot untuk cross sungai RM1 per pax. Dia sediakan bekas, masukkan je duit kat bekas tu. Bot ada sepanjang masa sampai 10 malam katanya.

Mutiara Taman Negara cantik. Cozy dan relax. Kami ambil 2 chalet. 1 untuk mama dan papa, satu untuk anak-anak. Price per chalet RM350 (lebih kurang). Ada pilihan bungalow 2 tingkat dalam RM800/nite tapi kami memang sengaja nak duduk asing-asing dengan anak.

Selesai check-in tunggu solat Zohor dan kami ke kaunter untuk tengok apa-apa aktiviti yang boleh di lakukan. Oleh kerana kami anak beranak 6 orang jadi bargaining power kami lebih sikitlah. Sebab memang dah google sebelum datang price trip-trip ni, jadi dia orang ter'paksa' mengalah untuk memberi harga yang competitive sikit untuk kami.

Malam nite tracking RM25/pax
Rapid Shooting + Orang Asli RM200/boat + RM30 bagi ke orang asli show
Lata Berkoh RM180/boat kami kena ambil 2 boat sebab maximum 4 orang per boat. kami 6 orang...

Nite tracking... anak-anak memang syiok.. walhal tengok spider, butterfly, small snake, frog & wild dear (jauh)

Perkampungan Orang Asli.
Rapid Shooting paling kami enjoy sebab kami suka adventure. Lain kali datang memang nak pergi lagi
Lata Berkoh cantik.. tapi track dari boat ke lata dalam 20 minit jalan slow slow.. mungkin tak pergi lagi sebab anak kecil kurang sesuai. Air dia agak deras.

Kelah santuary memang ada beratus-ratus ekor kelah. Enjoy juga lah bagi makan kelah.
Balik hotel, wild hog ngan tapir memang selalu kelihatan di kawasan hotel.

Try reflexology di hotel RM100/ 1 hour, ok juga sebab sambil melihat sungai
Lunch local set di hotel sedap... (masak lemak ikan patin, sambal sardin, kari ayam dan ulam-ulaman serta sambal.) Termasuk minum dalam RM180 sekeluarga.
Lata Berkoh

kalau di gerai-gerai tepi sungai per meal dalam RM8/ pax (makan + minum)

Oh... lupa

The best time ialah pagi-pagi kami tracking ke canopy walk. 40meters above ground dan panjat bukit Terasek... memang pecah peluh tapi anak-anak hari hari nak pergi.
Canopy Walkway

Tracking route lebih kurang 2km. naik turun... turun juga lah berat badan, alhamdulillah.
Trip balik... 3 jam lagi naik boat. Kali ini memang control tak ambil air. Tetapi... tetap kena berhenti kat tepi. Anak tak tahannnnn... Overall. Kami enjoy sangat-sangat trip Taman Negara. Anak-anak belajar banyak perkara. Banyak juga menginsafkan kami tentang kesederhanaan bila lihat cara hidup orang asli.

Terima kasih Allah, untuk peluang ini. Terima kasih Allah untuk segala-galanya. Alhamdulillah




Journey Jiwa Mencari Allah

Kalau dulu, hidup ni fikir apa lagi kehendak yang perlu di capai,
Apa lagi cita-cita yang belum digapai.

Namun bila usia semakin meningkat, perlahan-lahan hala tuju dalam hidup juga semakin jelas.
Hati mula sedar, apa sahaja yang kucari didunia ini, apa sahaja yang cuba aku pertahankan,
tiada satu pun milikku sebenarnya. Hatta sang suami tercinta dan anak-anak yang di belai dengan penuh kasih sayang.


Semuanya pinjaman milik Allah.
Apa yang sebenarnya milikku? Sekeping hati yang perlu ku didik dan ku canai untuk sujud dan isikan dengan cinta kepada Allah. Penciptaku yang Maha Agung.

Suami, anak, harta segalanya pinjaman untuk aku mengecapi derita dan bahagia agar aku kembali dekat kepada Dia. Ya Allah... jangan lah Kau balikkan hati ini dari mengarah kepadaMu. Didiklah, bentuklah, canailah hati ini untuk sentiasa mencari mu hatta dalam bahagia mahupun derita, kerana setiap sesuatu yang Kau takdirkan untukku adalah untuk aku kembali mengingatiMu.

Terima kasih Ya Allah, atas segala nikmat yang telah Kau tumpahkan kepada hambaMu yang kerdil ini.

Sesungguhnya Allah menyayangiku lebih dari aku menyayangi diriku sendiri

Sunday, 15 December 2013

Banyak Sudah NikmatNya

Assalamualaikum semua,

Rasanya lama sangat dah tak update entry di blog ni.
Banyak sangat yang dah berubah dalam setahun dua ni...

Perjalanan mencari dunia dan akhirat sungguh indah dan membahagiakan.
Apa yang lebih penting selain dari bahagia, betul tak?

Memang hidup di dunia ni kita nak senang, sihat, dan bahagia.
Itu memang pakej idaman, percaya atau tidak... memang Allah dah sediakan semua tu untuk kita.
Nak dengan tak nak je... Up to You.

Berperasangka baik terhadap Allah dan ketentuanNya adalah 1 kunci utama untuk bahagia dan menarik perkara-perkara positif terhadap kita.

Formula utama untuk berperasangka baik adalah di mulakan dengan SYUKUR,
untuk pengunjung blog ini stay tune... banyak yang akan saya kongsikan selepas ini.
Perjalanan indah, up down, happy sad, success failure, segala perjalanan indah untuk kita kongsi bersama. InsyaAllah


Wednesday, 25 July 2012

DIY website! Mudah, Cepat, PRO!!!

Alhamdulillah akhirnya www.websegera.com telah siap! Web ini khas buat mereka yang ingin menjana pendapatan dari online dan memerlukan sokongan dan panduan untuk terus melangkah hebat ke hadapan.






www.websegera.com menawarkan 3 kategori :


Minisite RM399 (domain + hosting + web arrangement)
untuk usahawan yang memilik 1-3 jenis produk sahaja. Simple dan pro. Anda boleh menambah Video, slide, borang tempahan dan custom made gadget anda!

Tawaran hebat sempena ramadhan. Anda hanya email logo, photos dan bahan tulisan

www.websegera.com akan memberi sentuhan pro kepada web anda dan anda akan menjadi testimoni kami pada kempen-kempen www.websegara.com akan datang! FREE promo tuuuu.


 Korporat Web RM599 (Domain + hosting + web arrangement)

web ini memiliki multiple pages dan lebih lengkap dengan lebih banyak info dapat di letakkan secara tersusun.
Sesuai untuk mereka yang menawarkan perkhidmatan dan memiliki banyak pilihan pakej
contoh : Travel Agency, butik, spa, kontraktor binaan dan macam-macam lagi

FREE promo di www.websegera.com


Online Mall RM799 (domain + hosting + web arrangement)

kategori ini untuk mereka yang memiliki banyakkkk barang dan berbagai kategori. web ini untuk usahawan memiliki hypermart mereka sendiri di Online, lengkap shopping cart, dan payment gateway.

Sesuai untuk mereka yang menjadi distributor center dan mereka yang ingin memulakan perniagaan secara total tanpa menjadi pengeluar. (drop shipping technique). FREE advertisement di www.websegera.com selama 6 bulan! dan anda khas pelanggan ramadhan akan menjadi testimoni www.websegera.com dalam promo-promo kami !!!!

www.websegera.com adalah highway mudah untuk anda memulakan langkah perniagaan bergaya di alam maya. Real business, real wealth. Jangan lepaskan peluang ini.

Good luck! anda kaya dan berjaya !



Lots of Love
Mastura - 0126243343 mastura.saad@cbdgroup.co.cc




My passion and purpose of life, to help others to create wealth in online business.


Sunday, 1 July 2012

Jom Blogging! 7 July

Best nyer... semalam kami di hotel permaisuri PD dengan ZarraZ paramedical. Company baru dengan wawasan yang luas dan positif... proud nyer tengok orang melayu makin canggih dan berwawasan.

Lagi best, I akan attend AMP Dr Azizan Osman minggu ni... Invest in myself. Ilmu is the best investment to success...

Canggihnyer, Sabtu ini 7 July CBD Training akan mengadakan kelas blog yang full swing dari hati dan perasaan... :) di Pusat Belia Cheras. RM150/ pax, yang ni sampai advance level. so tak yah datang berkali- kali. Sila bawa laptop, broadband ( standby walau ada wi-fi ). Bawa juga gambar-gambar produk dan services anda untuk di masukkan ke dalam blog baru anda nanti.

Jom! rugi anda tak attend kelas ni. Yang mengajar adalah usahawan yang berjaya dalam online!

Untuk mendaftar:
1) isi borang di kanan blog ini
2) SMS nama/ kelas blog ke 0126243343
3) Email nama dan no telefon ke mastura.saad@cbdgroup.co.cc

Tuesday, 12 June 2012

Al-Kisahnya

Assalamualaikum.. alhamdulillah minggu lepas walaupun bengkel di batalkan kerana gangguan teknikal dan kesihatan yang menyerang keluarga dan diri sendiri bukan alasan untuk saya mengabaikan tanggungjawab apabila ada 3 orang peserta yang 'terhadir' ke lokasi bengkel pada hari tersebut... maka dengan penuh happy kami telah membuat 'small bengkel' untuk kami aje. Bengkel yang di jadualkan dari 9:30am itu... surprisingly telah berakhir sehingga 1:30pm kerana peserta yang asyik nakkkk lagi... hehehehehe.

Walaupun bengkel hari itu di buat bukan untuk profit kerana wang peserta di dermakan kepada orang lain... yang telah bersabar menunggu kami berempat berkongsi maklumat dan pengalaman... namun saya amat bersyukur untuk berkenalan dengan 3 usahawan hebat yang hadir pada hari itu. Ini membuktikan bahawa kejayaan mereka adalah kerana sikap minda positif yang mereka miliki dalam mencari ilmu.

Perkongsian hari itu hasil ilmu yang di turunkan oleh Abang Abu, Mekanik Wang dari kursus IMKK Dr Azizan Osman... mengenai 

  • konsep rezeki
  • kompas wang
  • enjin wang
  • highway wang..


oleh kerana mereka begitu komited dan supportive kami melanjutkan kelas dengan Kenali Potensi Diri...
di harapkan sedikit ilmu yang di pelajari di IMKK dr Azizan Osman anjuran Richworks mampu memberi sedikit sebanya impak kepada tiga orang peserta ini...

Perserta 1 : Siti Rafiah dari Titian Permata Travel & Tours... baik dan friendly orangnya... sesuai dengan bidang yang di ceburi. Saya baru pertama kali berjumpa beliau namun saya dapat merasakan komitmen dan 'passion' beliau untuk memberikan servis terbaik memang jelas terpampang... untuk melihat pakej-pakej pelancungan yang di tawarkan oleh pihak beliau... boleh layari


Ini komen beliau di FB saya untuk kelas tersebut...

InsyaAllah kelas akan datang di jadualkan pada 23/6/2012 masih di Dataran Prima Ampang... sila isi borang di kanan blog ini untuk menyertai bengkel tersebut... semoga anda Kaya dan Berjaya. Kita nantikan apa komen pelajar ke 2 nanti.... 

Love you guys...
Mastura Saad
Online Marketing Specialist
0126243343
mastura.saad@cbdgroup.co.cc