Family Trip to Australia & New Zealand
7-30 November 2014
Departure 7/11/2014
Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada
pukul 10:30 malam dan tiba di Melbourne pada pukul 8:20 pagi. Dalam penerbangan
kami mengambil Seat Optimisation tu, jadi memang selesa dan dapatlah tido
dengan nyenyak dan bangun fresh semasa tiba.
Day 1
8/11/2014
Sampai sini, nak custom clearance punyalah panjang….. dekat
1 jam juga beratur. Dan custom sangat-sangat strict pasal makanan yang di bawa.
Kalau rendang bagai yang di masak kat rumah memang sedekah ke tong sampah ler
jawabnya. Tapi makanan dalam tin ok walau dia agak strict pasal daging. Berikan
lah senyuman terbaik untuk selamatkan daging dalam tin anda itu. Hehehehe…
Makanan yang komersial packaging je ye. Alhamdulillah sambal bilis dia lepas,
agaknya dia pun tahu orang Malaysia ngan sambal bilis memang kembar. Semua
makanan di pack dalam 1 kotak dan saya buat list tampal kat luar kotak untuk
senangkan dia. Alhamdulillah dengan kejujuran dia tak buka kotak kami.
Mujur bagi kamera sorang 1 |
Sampai di airport, kami ambil FREE shuttle ke tempat
mengambil kereta sewa. Tak jauh sangat, kurang dari 5 minit perjalanan. Tapi
memang impress sebab walau dekat, driver akan pastikan tiap passanger tu pakai
seatbelt. Memang berdisplin. Proses mengambil
kereta sangat cepat kerana semua telah di pre-book melalui internet. Kami
mengambil Hyundai Imax yang boleh muat 8 orang.
Keluarga saya terdiri dari 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Jadi
kereta ini memang sangat selesa.
Oleh kerana, semua dah kenyang masa dalam flight, (Elok ambil meal ye dan kami makan bila
bangun dari tido) jadi semua orang macam cool je tak lapar. Ambik kereta terus
kami mulakan perjalanan ke Great Ocean Drive.
Lalu bandar Lorne, kami beli buah-buahan. Anak-anak kat Malaysia tak makan
strawberri, datang sini strawberi jadi paberet dia orang sebab besar dan manis
sangat.
Lorne |
Singgah town saya beli sim kad Australia, since kami akan
lama juga kat sini saya top up siap-siap AUD30 dan harga sim Telstar AUD2. Cukup untuk pemakaian heavy internet seperti
saya, 1G. Dan call ibunda tercinta hampir tiap hari.
Kami sampai di Apollo Bay agak petang sebab singgah-singgah
ambik gambar dan berlari-lari kesana sini sebab anak-anak agak sejuk. Eh lupa
pula nak check suhu. J
Kami stay di Apollo Backpackers. Ambil apartment untuk 4
orang melalui Agoda.com dan saya kenalah bayar additional AUD30 untuk 2 orang
tambahan. Kat sini sangat strict, bukan macam kat Malaya boleh masuk je ikut
kita dalam hotel tu. Tapi bilik sangat selesa dan
Lorne |
Alhamdulillah selesai solat segala, kami pun borak-borak dan
tido. Tinggal mama je yang re-pack baju2 agak sepanjang di Melbourne tak yah
buka beg besar, bawa beg pack je bila turun check in.
Malam perghhhhhhhh sejukkkkk. Walau berselimut 3-4 lapis
masih terjaga kerana sejuk. Subuh pukul 4:22. Bangun subuh pastu dushhhh lari
masuk bawah selimut balik. Untuk solat antarabangsa ada apps dia. Donlod ke telefon
dan set untuk auto location.
Day 2
9/11/2014
Pagi bangun mama bagi breakfast nasi dan ayam masak merah.
So memang kenyang ler budak-budak dan bapa budak. Kami pun mulakan perjalanan.
Tengok le Iluka restoran yang halal di Apollo Bay tu, tapi kami amat kenyang.
Sepanjang jalan perjalanan memang cantik.
Bush Cape Otway, cantik kan? |
Dari atas Lighthouse |
Kami singgah di Cape Otway Lightstation. Sangat cantik
pemandangannya. Dan kami enjoy sangat jalan-jalan dalam ‘bush’ dia.
Cape Otway Lighthouse |
Kami spend hampir 2 jam di Cape Otway Lightstation. Bila dah nak masuk dalam kereta untuk
meneruskan perjalanan, baru papa sedar, mana semua passport. Hah?????? Papa
incharge jaga passport je, dan dia tertinggal di hotel. Kami pun skip ler
ramai-ramai orang yang tengak dok ambik gambar wild Koala. Tekan minyak zushhh
patah balik ke Apollo Bay.
Sampai hotel, takde manusia pun. Masuk balik dalam bilik,
tadaaa… memang adelah setambun passport dalam beg sandang papa dalam drawer
bilik. Alhamdulillah. So, rezeki kami untuk lunch di Iluka restaurant. Kami
makan 1 burger, 2 nasi goreng dan ayam, 1 fish & chips, 1 air botol, 1 air
mineral total AUD58, hampir RM170. Redho je lah… hehehehe. Sempat ler jalan-jalan beli poskad kat town,
tulis dan simpan sebab hari ini hari
Ahad tak de orang jual stem.
12 Apolles |
My handsome boys |
Layan foto di mana-mana, macam jalan kat kampung kita je. |
Sepanjang jalan kami stop di 12 Apolles, London Bridge dan
few more stops. Ambik2 gambar dan biar
Iman Daniel mengasah bakat dalam photography dan kami pun dengan rela hati jadi
dia punya model.
Suhu sangat sejuk, orang lain senyap sunyi dalam bilik, budak-budak ni masih melompat kat luar. |
Macam lah Malaya takde taman mainan |
Bila dah agak petang, kami pun naik risau sebab jalan makin
sunyi dan manusia semakin takde. Cepat sungguh dia orang ni masuk dalam rumah.
Sunyi sepi je town. Kami drive terus ke pekan Warrnambool. Oleh kerana belum
solat asar, kami decide untuk bermalam di Warrnambool. Ini lah best nya trip
yang takde plan. Rasa penat kat mana… kat situlah kami bermalam. Kami tido di
Motor Inn Guest House. 1 Family room dengan 1 Queen Bed dan 4 single bed
AUD135. Sangat selesa. Kat luar ada
playground so, lepas semua solat mama biar dia orang lompat sepuas hati kat
luar yang sejuk-sejuk tu. Agaknya mat saleh pun pelik tengok budak-budak ni.
Macam tak pernah jumpa playground.
Malam kami tido awal sebab nak bangun subuh awal, takut tak
jaga. Sungguh nyenyak sebab bilik ada heater.
Day 3
10/11/2014
Kami bangun pagi makan mee segera je. Mama panaskan nasi dan
makan dengan sambal bilis. Kami akan menuju ke Ballarat untuk visit Souverign
Hill. Sejarah tentang perlombongan emas. Tengok dalam GPS ambik masa 2 jam 30
minit perjalanan. Perghhh… Tapi tak
kisahlah sebab kami bukan nak rushing kemana-mana.
Perjalanan hari ini melalui ladang-ladang dan kawasan
ternakan. Banyaklah nampak kuda. Haidar anak yang bongsu memang suka sangat
kuda. Kami pun singgah few places tanyakan tapi banyak milik persendirian bukan
untuk bagi public naik. Akhirnya bila sampai kawasan Ballarat nampak lah 1
pusat equestarian tapi malangnya tutup pada hari Ahad. Kesian Haidar.
Dalam perjalanan singgah beli buah dan pos poskad untuk
ibunda tersayang. Strawberi dan epal yang rangup dan manis. J kami memang penggemar
buah-buahan. Harganya lebih kurang Malaysia 1 kotak kecil AUD4 = RM12 tetapi
strawberi di sini besar dan manis-manis.
Souverign Hill entrance 2 Adults + 4 Kids = AUD122. Ini
gambar-gambar di Souvereign Hill.
Bandar ini berkembang dengan penemuan dan perlombongan emas di kawasan ini. Penduduk secara sukarela memelihara dan menjaga tapak perlombongan ini sebagai daya tarikan pelancung. Kesemua alatan dan proses melombong secara tradisi masih di kekalkan, malah rumah-rumah penempatan zaman dahulu masih di jaga dengan baik.
Bandar ini berkembang dengan penemuan dan perlombongan emas di kawasan ini. Penduduk secara sukarela memelihara dan menjaga tapak perlombongan ini sebagai daya tarikan pelancung. Kesemua alatan dan proses melombong secara tradisi masih di kekalkan, malah rumah-rumah penempatan zaman dahulu masih di jaga dengan baik.
Mencuba nasib mendulang emas |
Anak-anak sangat gembira kerana melihat sesuatu yang baru. Rata-rata sukarelawan masih memakai kostum seperti zaman dahulu termasuk, pekerja, orang awam dan kanak-kanak sekolah.
Mujurlah cuaca sangat baik dan tidak terlalu sejuk, jadi anak-anak tidaklah terlalu suram. Paling seronok apabila mereka bersungguh-sungguh mencuba nasib mencari emas di tali air yang mengalir. Kehulu kehilir dengan bersungguh-sungguh. Mama dan papa pula sangat happy sebab boleh duduk berehat.
Kami spend 3 jam di dalam Souverign Hill dan keluar untuk makan di Nandos di Ballarat town. 1 ekor ayam dan 1 burger + 1 coke + 1 mineral dalam AUD55.
Mujurlah cuaca sangat baik dan tidak terlalu sejuk, jadi anak-anak tidaklah terlalu suram. Paling seronok apabila mereka bersungguh-sungguh mencuba nasib mencari emas di tali air yang mengalir. Kehulu kehilir dengan bersungguh-sungguh. Mama dan papa pula sangat happy sebab boleh duduk berehat.
Kami spend 3 jam di dalam Souverign Hill dan keluar untuk makan di Nandos di Ballarat town. 1 ekor ayam dan 1 burger + 1 coke + 1 mineral dalam AUD55.
Perbarisan askar di Souverign Hill |
Lepas tu drive ke Melbourne yang mengambil masa 1:30 jam.
Kami stay di Ibis Budget Backpackers. Family room 1 Queen dan 2 katil 2 tingkat
RM520 book online. Memang lokasi superb
Melbourne CBD, tapi ada 1 masalah bila kita berkereta, takde parking. So kereta
kena pergi letak di public parking, dalam 20 min jalan kaki. Parking perday AUD16.
So kami belajar sesuatu. Sewa kereta time nak jalan-jalan di
luar Melbourne dan lepas tu terus hantar balik, sebab rugi je sewa dan parking.
Tapi sebab kami ramai, luggage banyak so macam worth juga lah. Beg besar
tinggalkan dalam kereta dan bawa beg kecil je untuk baju 2 hari.
Kat sini almost semua hotel ada laundry, sabun AUD2 Washer
AUD4 dan dryer AUD4 total sekali basuh baju AUD10=RM30. Redho jelah ye…
Allah duga sikit bahu kiri mama macam terseliuh jadi tak
dapat urus family dengan baik. Nak pergi
spital memang mahal giler lah. So sepanjang malam doa agar sembuh dan boleh
meneruskan perjalanan. Survey jugalah tiket balik kalau tak mampu bertahan.
Day 4
11/11/2014
Plan nak pergi ke Puffing Billy hari ini tapi mama rasa
macam tak berapa sihat dan malas nak jalan ke tempat parking kereta, so kami
decide untuk jalan-jalan dalam Melbourne je.
Pagi anak-anak monyok sebab lapar. Mama dah tak boleh nak
prepare makan sebab semua barang dalam kereta. Hotel kami di Elizabeth Street.
1 lorong sebelah je Swanston Street banyak kedai makanan halal. Alhamdulillah.
Kami breakfast di kedai Indian yang ada chicken dan lamb halal. 10 ketul ayam
dan 1 burger ayam, 2 botol air, dalam AUD55.
Lepas tu kami jalan kaki ke Eureka Tower Skydeck.
Observation tower di tingkat 88. Jarak perjalanan dalam 1km dalam 13 min dari
tempat kami breakfast.
Melihat pemandangan Melbourne 360” yang sungguh indah. Papa
dan anak2 lelaki semua pergi ikut the EDGE iaitu dia orang masuk dalam satu
bilik berlantai kaca dan melunjur dalam 3 meter keluar bangunan. Gayat juga
lah. Mama dan kak Sya keluar di observation deck yang open air. Angin kuat
hampir terlepas telefon dari tangan. Kos untuk 1 family dan 4 orang EDGE AUD88.
Kat atas ada tempat ambik gambar, anak sibuk nak ambik
gambar pula, photo charge AUD12, dia orang berlakon kat green screen konon2
jatuh dari Eureka EDGE.
Kami lepak kat atas dalam 1 jam setengah dan kemudian turun
dan ambik Yarra River Cruise. 30 minit AUD35 untuk 1 family. Macam lega lah
juga kalau tidak kaki dah start lenguh dah. J
Lepas Yarra River Cruise kami singgah di Kedai HALAL Kebab
dan beli 3 mix kebab + 1 chicken kebab dan 2 air. Dalam AUD49.
Kami makan kat bench tepi tu sambil tengok orang Melbourne
balik kerja. Lepas tu kami balik bilik untuk solat. Ingat nak pergi St Kilda
beach tapi semua dah malas gerak. Jadi kami lepak-lepak je kat bilik sebelum
keluar dinner nanti.
Berbual dan berborak dengan anak-anak time macam ni yang
paling best sangat. Rasa sangat-sangat close. Iman juga sempat berbual dengan
penghuni hotel yang lain semasa sama-sama menggunakan laundry dan café. Suka
sangat tengok keyakinan diri anak-anak meningkat bila berkomunikasi.
Haidar excited tengok kunci berbagai saiz, bentuk dan warna |
Day 5
12/11/2014
Mama dan papa bangun awal pagi hari ini. Beg-beg dah siap
kemas dan tersusun rapi. Tinggal nak angkut ke bawah je. Baju untuk Melbourne
sudah siap di cuci dan di masukkan dalam beg besar untuk kegunaan di Sydney
nanti. Baju untuk New Zealand pula di masukkan dalam beg kecil. Cuaca di New
Zealand masih sejuk sedangkan Australia sudah panas. Jadi pakaian memang
berbeza. Bila time nak keluar, kami kejut anak-anak untuk mandi dan bersiap.
Mama dan papa berjalan kaki ke tempat letak kereta. Kagum
sangat dengan penghuni bandar ini yang kuat bersenam. Ada yang berjalan,
berjogging dan berbasikal ke tempat kerja. Sangat sihat. Energy dan suasana
ceria ini pasti mempengaruhi gaya hidup mereka yang sangat positif. Best kan
kalau budaya ini ada di Malaysia?
Berjalan kaki lebih kurang 15 minit sahaja, ikut short cut.
Zaman sekarang dah canggih, pakai GPS, kalau zaman dulu pakai peta. Ingat tak?
Senang sangat nak identify tourist sebab dengan kamera dan peta. Tourist zaman
sekarang cuma pegang telefon, ada peta, ada kamera, ada information, tak perlu
sapa orang keliling untuk tanya arah. Masing-masing bawa hal masing masing.
Ambik kereta terus pergi ambil anak-anak yang dah siap sedia
berbaris. Bangga juga tengok disiplin anak-anak. Sangat bertanggung jawab dan
bekerjasama. Kami singgah di restoran satu lorong dengan hotel dan ‘tapau’
breakfast roti canai. Restoran Malaysia.
Hari ini kami nak pergi ke Puffing Billy. Naik keretapi wap.
Mesti anak-anak suka. Mama dan papa dah naik dulu, tapi demi anak-anak kami
akan repeat lagi. Kalau ikut hati nak ke Philips Island. Tapi takpelah.
Senang sekarang sebab jadual train ada online dan estimated
journey pun boleh tengok online. Jadi perjalanan sangat smooth. Sampai di
stesyen, belum ramai orang beratur. Kami beli tiket ke Lakeside. Masa datang
dulu cuma sempat sampai ke Menzies Creek. Kami naik di stesyen Belgrave.
Parking sangat mudah. Anak-anak sangat teruja melihat keretapi zaman dulu dan
kaki tangan Puffing Billy yang memakai uniform menarik. Rata-rata petugas
adalah pesara dan mereka bertugas sebagai sukarelawan untuk memelihara khazanah
warisan mereka.
Bila di jambatan ni yang anak-anak excited |
Masa ni Haidar tengah goyang loceng Puffing Billy |
Sebelum bertolak, ada liputan media pemimpin tempatan hadir.
Haidar dan Iskandar di beri loceng pelepasan keretapi untuk di goyangkan. Malangnya, tak sempat nak ambil gambar dengan
pemimpin dan Haidar. Namun dalam berita malam tu, terperanjat bila tengok di
TV.
Semasa stop di Menzies Creek, Haidar tersalah naik keretapi
lain seorang diri. Ketika tu mama ke tandas, papa dalam keretapi menyangka
Haidar dengan mama. Nasib baik sedar sejurus sebelum keretapi bertolak. Kalau
tak, tak tahulah apa jadi, mahu mama lari sepanjang trek kejar anak.
Best sebab cuaca sejuk dan pemandangan sangat indah.
Anak-anak bergayut di tepi tingkap. Nampak mereka gembira sangat. Papa dan mama
puas hati dan sangat sangat bersyukur kepada Allah kerana di beri kesempatan
begini.
Lakeside posing |
Lakeside station sempatlah kami sekeluarga berjalan-jalan di
tepi tasik, memberi makan burung dan berbual tentang semua benda. Iman sangat
sibuk dengan kamera dia. Maklumlah sebelum datang bercuti, dia ikut Bengkel
Fotografi Remaja Akademi Fotografi Professional. (AFP).
Burung jinak Lakeside |
Bagus juga ada aktiviti macam ni, sebab dia ada sesuatu yang
dia looking forward untuk buat sepanjang hari. Kurang sikit bergaduh dengan
adik-beradik dan mama papa pun kurang stress. Kalau dulu asyik berebut game tak
kira walau di mana jua.
Petang, dinner dan pulangkan kereta. Kami bertolak ke
airport dengan free shuttle dari tempat kereta sewa. Teruja untuk memulakan perjalanan ke Cristchurch, New
Zealand.
Perkongsian trip ni adalah sebagai berkongsi idea perjalanan jika boleh membantu sesiapa yang membaca. Mungkin anda berhasrat untuk bercuti ke Melbourne gaya free & easy ni. Saya pun tak lah tahu banyak, cuma sikit-sikit tentang tempat-tempat yang telah kami jelajahi. Sila letak apa-apa soalan anda di ruangan komen. InsyaAllah saya akan bantu jika anda ada apa-apa persoalan untuk trip sebegini.
Nak tahu lepas Melbourne kami kemana? Klik Kaikoura Oh Kaikoura untuk next destination.
Perkongsian trip ni adalah sebagai berkongsi idea perjalanan jika boleh membantu sesiapa yang membaca. Mungkin anda berhasrat untuk bercuti ke Melbourne gaya free & easy ni. Saya pun tak lah tahu banyak, cuma sikit-sikit tentang tempat-tempat yang telah kami jelajahi. Sila letak apa-apa soalan anda di ruangan komen. InsyaAllah saya akan bantu jika anda ada apa-apa persoalan untuk trip sebegini.
Nak tahu lepas Melbourne kami kemana? Klik Kaikoura Oh Kaikoura untuk next destination.
No comments:
Post a Comment