Saturday 25 April 2015

Rancang Travel Budget

Assalamualaikum and good day everyone!

Ramai juga yang tanyakan saya, jika bercuti 1 bulan dengan keluarga besar macam saya. Banyak tak duit habis? Jawab saya ikhlas, banyak... lebih-lebih lagi bila melancong bersama anak-anak yang masih bersekolah dan tiada pendapatan sendiri. Untuk golongan yang memang kaya raya, mungkin tiada masalah. Namun golongan yang berpendapatan sederhana seperti kami perlu banyak membuat penyelidikan dan perancangan yang teliti agar percutian keluarga tidak menjadi beban yang menjauhkan ikatan keluarga.
Tapi semua boleh di capai dengan perancangan yang baik. InsyaAllah. Mohon pada Allah permudahkan segalanya. Yang pertama, seluruh isi keluarga kena jelas, peranan dan tanggung jawab masing-masing. 'Mesyuarat' progress perjalanan perlu diadakan dari masa ke semasa.

Terus terang, jika ingin mengeluarkan gedebuk RM60-70K sekali gus, (budget percutian 1 bulan untuk keluarga 6 anggota) memang agak keberatan sebab jumlah tu macam-macam boleh buat kan... :)

Trip keluarga saya ini bermula setahun sebelum kami benar-benar berangkat. Bermula dari persetujuan bersama tentang destinasi, durasi, dan things to do sepanjang trip nanti. Kira macam plan itinerary lah. Lagipun kita kena ingat, matawang kita akan mengecil. Memang pada kita banyak, tetapi bila di tukar, alaaahaiii sedih.
Sydney, Australia

Peringkat ke-2 adalah pembentangan estimated perbelanjaan sepanjang trip dan perbelanjaan yang perlu untuk kos domestik di Malaysia, maklumlah terpaksa bercuti untuk 1 bulan kan... takde gaji, jadi memang kena ambil kira semuanya.

Awal tahun saya dah target apa yang perlu dibayar dan bila pembayaran perlu di buat. Contoh, expenses untuk aktiviti akan saya buat pada suku akhir tahun tersebut. (dekat nak pergi baru bayar). Jadi saya guna sedikit duit (jumlah yang selamat) invest dalam beberapa projek kecil dengan pulangan yang mampu berkembang. Jadi dapatlah kami menikmati lebih banyak aktiviti.

Moeraki boulders, NZ
Anak-anak juga saya google kan siap-siap apa yang ingin mereka lakukan dan satu dua aktiviti tu akan mereka bayar sendiri. Ini juga menggalakkan mereka untuk menabung dan melatih sikap bertanggung jawab. Memang jumlah kecil namun mereka mula faham nilai duit. Cukup RM150 saya akan tukarkan AUD50 untuk dia simpan.
Christchurh, NZ

3 bulan pertama saya melengkapkan pembelian tiket. 3 bulan berikutnya saya melengkapkan tempahan bilik hotel di lokasi-lokasi yang saya agak 'pasti' jadual kami. Di lokasi-lokasi yang masih KIV, saya tukar wang dollar dan masukkan ke dalam sampul surat 'hotel'. Anggaran budget hotel boleh tengok di agoda.com, booing.com atau airbnb. Ini antara favorite site untuk booking hotel.

Bila bercuti, yang penting adalah keselesaan. Jadi saya tidak akan paksa kecilkan budget sehingga menekan keselesaan. Saya lebih rela pendekkan masa untuk disesuaikan kepada budget. Nasihat saya, bila kita travel akan involve banyak energy, driving, walking sepanjang hari. Jadi rehat yang secukupnya amat perlu.

Jika short trip masih ok untuk berasak-asak dan sedikit penat. Namun long trip, takut kepenatan menjadi stress dan stress menjadikan percutian pengalaman yang tak berapa best. kan...
Helicopter ride Queenstown

3 bulan selepas itu saya fokus pada transport dan expenses lain seperti makan, minyak kereta, parking (camp site fee) dan budget souvenirs. Memang kena details sebab dari segi pertukaran wang, duit kita akan amat-amat 'mengecut'.

3 bulan terakhir, saya ujudkan envelop-envelop aktiviti. Tiap-tiap satu saya siap tukar dollar dan masukkan ke dalam envelop. Harga tiket entrance aktiviti boleh didapati melalui cik google. so tanya ja lah. Sebab tu itinerary sangat perlu, sebab kita dah 'jelas' apa yang nak di buat.

Ballarat, Australia
Antara persiapan terakhir adalah, travel insuran, simpanan yang secukupnya di dalam bank untuk waktu-waktu kecemasan. Pastikan wang ini boleh di transfer secara online dan boleh di keluarkan di ATM international. Saya juga akan memastikan 2 atau 3 kredit can saya clear dari sebarang hutang. Ini juga adalah 'standby' budget jika ada keperluan yang tidak di duga sepanjang percutian.

Oh ya! budget domestik di Malaysia, biasa sejak awal tahun saya membuat bayaran rumah, bil dan lain-lain lebih dari sepatutnya. Contoh, jika rumah kita biasa bayar RM1k tiap bulan, saya akan lebihkan RM150 menjadi RM1150 sejak awal tahun.

Begitulah serba sedikit perancangan dari segi budget. InsyaAllah saya akan kongsikan tips perancangan pakaian dan pembahagian tugas dalam ahli keluarga. Moga sedikit sebanyak catatan saya boleh diguna pakai dalam perancangan percutian anda semua. Saya doakan anda mendapat percutian yang bahagia dan percutian itu mampu membawa anda lebih dekat kepada Allah S.W.T. Hanya itu tujuan kita berkelana. Mencari kesedaran untuk menjadi hambaNya yang bersyukur. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment