Thursday 6 March 2014

January 2014 Taman Negara Kuala Tahan Pahang, Malaysia

Pada January 2014 Allah mengizinkan kami sekeluarga untuk menikmati dan mengagumi keindahan ciptaannya, Trip 4 hari 3 malam di Taman Negara Kuala Tahan Pahang.
Alhamdulillah. The best trip ever...

Sempena cuti tahun baru cina, kami sekeluarga book percutian di Mutiara Taman Negara Pahang. Untuk mengelakkan jam di musim perayaan kami bertolak sehari awal selepas maghrip menuju ke Jerantut. Journey santai melalui lebuh raya karak. Perjalanan KL ke Jerantut dalam 2 jam 30 min sebab memang kami bawa santai sangat-sangat. Berbual dan mendengar ceramah suami tentang kuliah-kuliah agama yang telah dia hadiri.

Dalam perjalanan terserempak dengan van jenazah, kami follow slow untuk jarak lebih kurang 20km sambil menghadiahkan ayat-ayat lazim. Semoga rohnya di tempat di kalangan orang beriman. Menginsafkan kami sekeluarga bahawa masa yang dipinjamkan Allah ini perlu di manafaatkan sebaik-baiknya sebagai bekalan ke sana nanti.

Sampai di Jerantut, check in hotel Inderapura di tengah pekan Jerantut. Pilih bilik family. Alhamdulillah. Selesa untuk melepaskan penat.

Bila kami bertanya  kepada staf hotel arah jetty Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara menaiki bot, mereka agak kehairanan. Katanya biasa orang memandu sehingga ke Kuala Tahan. Tapi anak-anak tetap nak naik bot.

Esok paginya kami bangun awal kerana takut terlepas bot 9:00pagi. Hotel ke Jetty lebih kurang 15km. Kalau memandu terus ke Kuala Tahan dalam 75km. Sampai di Jetty 8;30am belum ada mana-mana kaunter yang buka. Kami makan di gerai berhampiran jetty. Sekali lagi makcik gerai tu macam pelik kerana kami memilih bot untuk ke Taman Negara. Katanya jarang orang local (Malaysian) yang naik bot.

Makanan not bad... Pukul 9:00 am terus ke kaunter, daftar lesen ke Taman Negara RM1/pax dan lesen kamera RM5 per camera (applicable untuk Ipad dan smartphones)

Tambang bot, RM35 sehala. Pergi balik RM70 dan kami 6 orang sekeluarga. RM420. Ferry di penuhi dengan pelancung dari barat dan timur tengah. Kami je orang Malaysia.

hmm... setelah 1 jam perjalanan, then... I faham kenapa orang Malaysia lebih selesa memandu sampai ke Kuala Tahan.

Anak kecil nak ke tandas, maklumlah baru sudah breakfast. Tentu sekali takde tandas. So terpaksalah pujuk anak supaya tahan. Nasib baik dia tertidur di riba mama. Kejang juga kaki menahan sebab takut dia terjaga dan nak ke tandas lagi. Total perjalanan 3 jam. Fuhhh time tu teringat sangat berapa 75km jalan darat dengan baaanyakkkk tempat untuk ke tandas. Dah terlambat... setelah 2 jam, mama pula terasa nak ke tandas, tahannnnn lah sampai merah muka.

Sampai je, campak semua beg, mama tinggalkan anak-anak lari lintang pukang cari tandas. Dah tak peduli dah bersih ke tak redah je. Berebut-rebut dengan anak. Kenangan betul, boleh panjat bukit pasir yang curam giler dalam sekelip mata. Tandas punya pasal. hihihihihi

Ada banyak restoran terapung di Jetty Kuala Tahan dan banyak tempat parking kereta. Tapi kami tetap appreciate journey 3 jam ngan bot tadi... tersengih bangga sebab kami choose the classic way untuk datang. konon...

Mutiara Taman Negara cuma seberang sungai. Arus deras, kalau tak... berenang je. hihihihihi. Bot untuk cross sungai RM1 per pax. Dia sediakan bekas, masukkan je duit kat bekas tu. Bot ada sepanjang masa sampai 10 malam katanya.

Mutiara Taman Negara cantik. Cozy dan relax. Kami ambil 2 chalet. 1 untuk mama dan papa, satu untuk anak-anak. Price per chalet RM350 (lebih kurang). Ada pilihan bungalow 2 tingkat dalam RM800/nite tapi kami memang sengaja nak duduk asing-asing dengan anak.

Selesai check-in tunggu solat Zohor dan kami ke kaunter untuk tengok apa-apa aktiviti yang boleh di lakukan. Oleh kerana kami anak beranak 6 orang jadi bargaining power kami lebih sikitlah. Sebab memang dah google sebelum datang price trip-trip ni, jadi dia orang ter'paksa' mengalah untuk memberi harga yang competitive sikit untuk kami.

Malam nite tracking RM25/pax
Rapid Shooting + Orang Asli RM200/boat + RM30 bagi ke orang asli show
Lata Berkoh RM180/boat kami kena ambil 2 boat sebab maximum 4 orang per boat. kami 6 orang...

Nite tracking... anak-anak memang syiok.. walhal tengok spider, butterfly, small snake, frog & wild dear (jauh)

Perkampungan Orang Asli.
Rapid Shooting paling kami enjoy sebab kami suka adventure. Lain kali datang memang nak pergi lagi
Lata Berkoh cantik.. tapi track dari boat ke lata dalam 20 minit jalan slow slow.. mungkin tak pergi lagi sebab anak kecil kurang sesuai. Air dia agak deras.

Kelah santuary memang ada beratus-ratus ekor kelah. Enjoy juga lah bagi makan kelah.
Balik hotel, wild hog ngan tapir memang selalu kelihatan di kawasan hotel.

Try reflexology di hotel RM100/ 1 hour, ok juga sebab sambil melihat sungai
Lunch local set di hotel sedap... (masak lemak ikan patin, sambal sardin, kari ayam dan ulam-ulaman serta sambal.) Termasuk minum dalam RM180 sekeluarga.
Lata Berkoh

kalau di gerai-gerai tepi sungai per meal dalam RM8/ pax (makan + minum)

Oh... lupa

The best time ialah pagi-pagi kami tracking ke canopy walk. 40meters above ground dan panjat bukit Terasek... memang pecah peluh tapi anak-anak hari hari nak pergi.
Canopy Walkway

Tracking route lebih kurang 2km. naik turun... turun juga lah berat badan, alhamdulillah.
Trip balik... 3 jam lagi naik boat. Kali ini memang control tak ambil air. Tetapi... tetap kena berhenti kat tepi. Anak tak tahannnnn... Overall. Kami enjoy sangat-sangat trip Taman Negara. Anak-anak belajar banyak perkara. Banyak juga menginsafkan kami tentang kesederhanaan bila lihat cara hidup orang asli.

Terima kasih Allah, untuk peluang ini. Terima kasih Allah untuk segala-galanya. Alhamdulillah




No comments:

Post a Comment