Thursday 6 March 2014

Journey Jiwa Mencari Allah

Kalau dulu, hidup ni fikir apa lagi kehendak yang perlu di capai,
Apa lagi cita-cita yang belum digapai.

Namun bila usia semakin meningkat, perlahan-lahan hala tuju dalam hidup juga semakin jelas.
Hati mula sedar, apa sahaja yang kucari didunia ini, apa sahaja yang cuba aku pertahankan,
tiada satu pun milikku sebenarnya. Hatta sang suami tercinta dan anak-anak yang di belai dengan penuh kasih sayang.


Semuanya pinjaman milik Allah.
Apa yang sebenarnya milikku? Sekeping hati yang perlu ku didik dan ku canai untuk sujud dan isikan dengan cinta kepada Allah. Penciptaku yang Maha Agung.

Suami, anak, harta segalanya pinjaman untuk aku mengecapi derita dan bahagia agar aku kembali dekat kepada Dia. Ya Allah... jangan lah Kau balikkan hati ini dari mengarah kepadaMu. Didiklah, bentuklah, canailah hati ini untuk sentiasa mencari mu hatta dalam bahagia mahupun derita, kerana setiap sesuatu yang Kau takdirkan untukku adalah untuk aku kembali mengingatiMu.

Terima kasih Ya Allah, atas segala nikmat yang telah Kau tumpahkan kepada hambaMu yang kerdil ini.

Sesungguhnya Allah menyayangiku lebih dari aku menyayangi diriku sendiri

No comments:

Post a Comment