VACATIONs!

Bali November 2013
Bali, INDONESIA

Alhamdulillah, tahun 2013 ini kami sekeluarga berpeluang ke Bali selama 10 hari.

Best! trip ni berbeza dengan trip terdahulu ke Bali (waktu tu datang honeymoon). Dulu kami banyak jalan-jalan melihat pemandangan dan budaya.

Kali ni kami datang ber 6. Dengan semua askar yang berusia dari 4-14 tahun, so.. jalan-jalan melihat pemandangan kurang sesuai.

Banyak aktiviti yang kami lakukan seperti rafting, elephant riding, horse riding, motorcycle riding. ;)
Bali ni best untuk lepak, so kalau datang sini toloooong jangan stress, buat lah apapun mengikut suka hati anda asal jangan melanggar perintah Allah, ye dak?

Best transportation mode adalah motor sebab most of tourist attraction jam maut sebab jalan sempit dan banyak perayaan. Dah tu pula parking susah, kalau motor paling senang.

Kami stay di Jalan Nakula, di antara Legian dan Seminyak. Lokasi yang bagus untuk meronda-ronda. Kesemua aktiviti yang jauh, transport included sekali, dia orang datang ambil di hotel, so tak payah nak susah hati sangat.

Hotel di Bali pun sempoi dan cozy, jadi kalau kita nak melepak je kat hotel pun sempoi. Kami selalu lepak main monopoly and ceper ( yang tudung botol tu kalau time-time panas dan tak sesuai nak keluar lepak kat luar.


Compare Bali ngan Chiang Mai, naik gajah di Chiang Mai lagi best sebab memang lalu dalam hutan. Di Bali dia pusing sekitar kawasan dia dengan laluan ber tar.

Duration 45 min dan sepanjang perjalanan jurulatih gajah akan cerita tentang Gajah dan tabiat/ kesukaan gajah. Anak-anak pun di benarkan duduk di kepala gajah untuk jadi 'driver'.

Rating  experience 6/10
Budget approximately USD55/pax untuk rafting dan elephant riding.



Lepak minum di tepi jalan sambil layan guitar
Makan dan minum juga agak senang berhampiran hotel kami di Jalan Nakula ada pasar awam yang ada beberapa gerai makanan halal yang murah dan sedap.

Selain tu makanan di hotel pun tidak mahal berbanding Malaysia. Kami pun dah berbaik dengan cook hotel yang sudah di pastikan merupakan orang Jawa Muslim.

Jadi dia sudah faham sensitiviti pemakanan halal.

Budget makan ikut sedap tekak (ikan bakar dan segala) di gerai halal untuk kami 6 beranak (Rp 250,000 / meal)
Swimming Pool yang Cozy

Siap untuk rafting
Kalau time datang berdua dulu memang kami banyak melawat, sawah padi, gunung berapi, dan pusat-pusat kraft.

Bila bawa anak-anak memang kami akan spend masa panjang di pusat percutian agar tidak 'rushing' dalam setiap aktiviti kerana kami ingin bagi masa supaya anak-anak 'puas' melayan aktiviti kegemaran mereka.

Ronda di Kuta
Sewa motor di Bali Rp 50,000-70,000 ikut jenis dan kondisi.
Banyak... pilihan ada di sekitar hotel.

Makan malam di Jimbaran ikut sedap tekak sekitar Rp 1,000,000 ke Rp2,000,000

Jika Rupiah sedang mengalami kejatuhan yang teruk, seeloknya bawa USD untuk mengikuti sebarang aktiviti riadah kerana semua harga di quote dalam USD. Tukaran wang akan menjadikan anda rugi banyyyyaakk.

Wild Dolphin watching yang tak tahan. mula 3am. naik kereta 3 jam. Tambah pula 30 min bot dan dolphin nyer, sekejap saja dan sikit. Sedih... terutama melibatkan anak kecil. Looking forward untuk ke New Zealand. Khabarnya lebih professional.

Sunset di Bali memang the best!

Bersantai di tepi pantai

2 hours horse riding... anak best, parents :( sakit pinggang!

Dinner di Jimbaran









Dolphin watching di Lovina



No comments:

Post a Comment