Wednesday, 21 January 2026

It has been a while

 MasyaAllah lama sungguh tak menulis di sini, rindu sangat pula. Macam like my super special cozy room untuk jadi diri sendiri mencoret apa yang di rasa. 

MasyaAllah, Allah Maha baik, dari muda sampai tak berapa muda ni, banyak sangat dah nikmat Allah yang di beri. Ada lagi ke orang yang membaca blog? Not sure... tapi who cares. Kita jalan je ye, mudah-mudahan ada hamba Allah yang berjumpa di sini dan kita keep on connect di luar talian maya. InsyaAllah.

Dimana ye nak mula? Menulis pun dan berkarat, brain dah tak secergas dulu. Travel? Banyak juga cerita travel tapi... jap I cari gambar dulu.

 Orbertraun April 2025

Oleh kerana blog ni dah bersarang kita update cara reverse je lah ye. Ni April 2025, travel 1 bulan pergi 

  • 1 minggu Lake Como Italy
  • 10 hari Hallstatt Austria
  • 1 minggu Vienna, Bratislava, Budapest
  • 10 hari Greece
Tapi update ni, kita jalan-jalan Hallstatt je ye. Sepanjang trip tu, akak (sedar diri dan berusia, masih rasa akak walau dah boleh bahasakan diri aunty)... 

Akak, anak sulung Kak Sya dan travel buddy Bib je. Anak akak ni born with autism, jadi pergi mana-mana akak tak boleh sendiri kalau bawa dia. Kena bawa ascort sebab in case of anything happen, ada yang boleh assist dia. 

But no worries, adik adik dia kata, dia bijak sangat. So dia plan dari dalam perut mama nak jadi special, so tak payah susah payah. Walhal elokkkk je kalau bab membuli orang. Sepanjang trip dia takde kerja lain, bergaduh ngan Kak Bib. 
Air terjun kami terjah je, 
Ada kereta, boleh masuk'
ceruk kampung.

Ok... masa di Austria, suamiku fly in untuk 10 hari. So dari Lake Como, kami singgah makan kek sat pagi tu di Munich sambil jumpa kawan dari sana yang pernah datang Malaysia. Nanti bab kawan-kawan yang kenal kat FB dan jadi like family, kita cerita lain kali ye. Dari Munich lepas pusing-pusing jap, kami ke Salzburg.

Lepas check in, tinggalkan Kak Sya ngan Kak Bib di hotel, akak sorang-sorang pi la Vienna menyambut suami tercinta sebab flight dia re-schedule, jadi akak takut dia miss last train nak ke Salzburg, ku dengan rela hati redah ke Vienna. Investor tabung travel ke jaga beb. 

Alhamdulillah imigresen Vienna super efficient, sat ja dia dah muncul dan kami sempat balik ke Salzburg malam tu juga. Esok tu pi ambil kereta sewa dan kami mulakan perjalanan ke Hallstatt. Tapi kami tak stay di Hallstat center sebab akak ni tak boleh ramai-ramai orang. So kami pilih apartment 20 minit dari Hallstat center. 


Mujurrrrrr lagi. Hallstatt padat ngan manusia dari Cina, Malaysia, Indonesia. Berlaga bahulah. Cantik kalau pagi-pagi sampai. Dan matahari naik, pelancung sampai... lariiiii. (Macamlah aku bukan pelancong),

Oleh kerana kami 5 hari kat sini, puas ronda kawasan sekitar. Time ni spring. Boleh pakai baju nipis-nipis ja. Tapi bawa juga baju sejuk sebab time hujan, berangin, pagi dan petang. Suhu turun. Video atas tu Aubertraun dalam lingkungan 20 min tu jugalah. Tiket nak naik atas tak ingat pula, dalam 47 Euro kalau tak silap. Kalau salah maaf na...


Obertraun ni hat ada 5 fingers yang hunjuran gantung nak nampak view gaung tu. Tapi dalam salji ni, kena jaga pakai kasut sesuai sebab licin dan jalan dia mencuram. Ikut km rasa macam dekat ja tapi sebab jalan atas ais rasa berpuluh km. Dari pakai baju sejuk, sampai londeh habis lah. Berpeluh dalam salji. Poyo sebab main salji waktu spring. heheh 


Sewa kereta perlu lesen international walau lesen Malaysia ada English. Kalau tak dia tak bagi. Since akak sorang je ada international license jadi husband cover time line clear. Kalau harap dia jadi juru kamera... hauk. 

Since ni first time update selepas blog bersarang lama. Kita chill chill dulu, doa kan kerajinan akak istiqamah. Banyak ni nak cerita. Sabaq. InsyaAllah kita jumpa lagi na. 
Acah santai tepi tasik, tapi santai sungguh. Tak fikir apa dok renung tasik sambil rasa poyo. 

Love - Kak Mas






No comments:

Post a Comment