Nota Lama tapi baru publish!
Tak tau lahhhh zaman bila notes ni ku tulis, tapi sebab bermanafaat maka kita publishkan. Bismillah...
Kalau tanya Abang Abu (mekanik wang) macam mana nak jadi kaya, selamba je Abang Abu akan jawab, to get rich, G.E.T. R.I.C.H je lah. How?
G - Get up early, every morning. Sebab nak kaya kena bangun pagi. Ya Allah.... mudahnya dengar, tapi hakikatnya ramai yang payah nak buat. Allah menurunkan rezeki dan rahmatnya paling banyak di ketika ini. Kerana waktu pagi tu Allah re-set the entire universe dan diri dan hotak kita untuk berada di frekuensi Alpha, frekuensi yang membolehkan kita connect dan mudah menghantar doa kita kepada yang Maha Esa. Tahajjud.
E- Earn More Than You Spend. dan kalau boleh Earn Much Much Much More than you spend. Mendapatkan pendapatan yang lebih dari perbelanjaan. Ha, untuk earn much much much more than you earn kenalah ada baki akaun yang semakin membesar tiap bulan. Macam mana nak buat ni? ada dua cara:
1) Increase income
2) reduce expenses.
T- Train Yourself at least 1 (satu) financial valuable skill)- latih diri anda untuk memiliki sekurang-kurangnya satu kebolehan yang boleh mendatangkan sumber kewangan. Contoh: gunting rambut, menjahit, menyanyi, memasak, membasuh pinggan, mengemas atau menulis seperti aku! Jangan start kerut muka pecahkan hotak untuk fikir benda yang heavy duty. Tengok dalam diri dan mesti ada satu benda yang anda boleh buat untuk mendatangkan duit. Kes belajar ni lah, tiap anak capai umur 14 kena belajar 1 financial skill. Anak no 2 belajar fotografi ngan Saiful Nang akademi tapi dah jadi Mechatronic Engineer, anak no 3 belajar gunting rambut, sekarang dalam process nak jadi building tech engineer.
R- Resource Network - Mencari jaringan atau kumpulan kenalan yang boleh mendatangkan keuntungan, bukan hari hari add kawan di sosial media yang tangan aktif gantikan lidahnya yang macam... (astagfirullahhalazim). Kita berubah kerana buku yang kita baca, orang yang kita jumpa. So choose circle kita dengan baik, InsyaAllah baik lah hasilnya.
I - Invest. invest lah dalam sesuatu yang boleh mendatangkan duit yang baik dan selamat terutama ILMU. Percayalah buat sesuatu tanpa ilmu dan sistem anda bagaikan sesat di hutan belantara tanpa GPS. (buku ini untuk anak-anak kita, kalau aku sebut kompas dia akan terpaksa 'google' apa binatang kompas tu). Yang dia orang faham time tu cuma kompas wang Abang Abu je. Ha, bab invest ni... jangan pula aku sebut invest main terjah je. Bab ni lah kena fokus Ilmu yang paling tinggi. Kalau tak macam pergi tepi gaung terjun. Invest dalam sesuatu yang anda pasti dan berpengetahuan tentangnya
C- Charity. Hmmm indahkan zakat? Berapa ramai buat ni secara istiqamah dan tetap. ingat 'the more you give the more you get'. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda menerima. Itu jelas dan terang lagikan bersuluh. Zakat ada dalam rukun iman. Menunjukkan dia penting, amat PENTING. Kalau nak kayalah. Kalau tak nak suka hati. Lagipun siapa tak nak rezeki datang bagaikan runtuhan salji kan...
H - Habit ! jadikan kesemua yang di atas tu habit. Confirm anda kaya dan berjaya. Bangun awal, cari rezeki, kurangkan perbelanjaan entah apa-apa, ajar diri dengan satu kelebihan untuk menjana rezeki dan bergaul dengan orang yang boleh memberi anda peluang yang baik dan invest dalam sesuatu yang menguntungkan terutama ilmu dan sentiasa memberi sumbangan tak kira apa jua bentuk kepada orang lain secara konsisten! Jangan setahun sekali time dapat hidayah je baru nak buat. Bukannya payah... mulakan setiap hari dengan sedekah senyuman dan doa. Itu satu permulaan yang amat baik. Mulakan senyuman dan doa untuk suami dan anak-anak dan seterusnya orang lain yang kita jumpa.
![]() |
| Cita-cita nak jadi kaya, baru bank ada isi sikit, travel terusss. Kaya kenangan ja lah jawabnya. |
Nota kaki : Catatan ini di buat beberapa tahun lepas, gaya bahasa adalah besesuaian dengan zaman tersebut.
Love- Kak Mas. Just nak update, I ada di IG dan TT Mas Travel Diary

No comments:
Post a Comment