Friday 8 May 2015

Cerita Bikini & Hanmer Springs


Assalamualaikum dan goodday everyone!

Hari ini kita sambung cerita, journey Australia-New Zealand kita ye.

Dari Kaikoura ke Hanmer Springs jaraknya lebih kurang 130km (1 jam 45 min dari Kaikoura).  
Dari Christchurh ke Kaikoura 181km,  dalam 2 jam 30 min perjalanan,
dari Hanmer Springs ke Christchurh 133.5 km. (1 jam 45 min perjalanan.) 


Masa berendam
Kiranya kedudukan 3 bandar ini macam 3 segi,  kalau di Malaysia, jarak macam tu sekejap je kita tekan minyak. Tapi di New Zealand, speed limit sangat strict dan polis ada di mana-mana. Lagipun pemandangan indah tu menjadikan kita jadi sayang nak gerak laju-laju.  Kiri kanan jalan subhanallah… tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ladang belakang rumah je pun...
Lagipun saman dalam NZD kalau NZD300 pun dah dekat RM1000. Ishhhh tak sanggup akak. Polis kat sini bukan boleh nak adjust belanja kopi. Tambah lagi 1 saman pula nanti. Lagipun, sebagai orang Islam, malulah kalau kita melanggar peraturan sebab mereka sangat-sangat berdisipling dan menghormati orang lain. Biarlah kita pun tunjukkan teladan yang sama. Tak gitu?
Bawa tuala dan baju mandi, tak payah sewa
Pemandangan dalam perjalanan


Ok, let’s talk about Hanmer Springs secara general. Untuk sampai kesana, melewati kawasan kampung dan pendalaman yang jarang-jarang ada penghuni. Pemandangan sungguh indah dan mendamaikan. Rasanya tak habis jari 10 tu kira kereta yang berselisih sebab memang kami pilih guna jalan kampung.

Air anak sungai fuhhhh sungguh jernih, tak jumpa satu tempat pun yang kotor dan bersampah. Semua anak sungai dan sungai besar memang boleh nampak sampai ke dasar lah kiranya.  Walau sejuk airnya tapi memang tidak menghalang kami untuk berwuduk air sungai kerana macam nikmat tak terhingga.
Memanjang stop ambik gambar

Banyak sangat kawasan titian (titi) 1 lorong merentasi sungai-sungai tu. Bunga-bunga berbagai warna, ungu, kuning, oren, coklat dan macam-macam lagi bersilih ganti. Ladang kambing biri-biri memang kejap-kejap ada. Yang uniknya, kambing-kambing tu gemuk, gebu dan bagaikan tak bergerak langsung sebab di kaki kambing tu penuh rumput-rumput sihat. Agaknya gemuk kekenyangan.

Takde bunyi bising macam kambing kita, senyap sunyi je pun. Ada juga yang berkelompok dan berhimpit-himpit mungkin kenyang dan sejuk gamaknya. 

Kakak paling suka berendam air panas sebab cuaca sejukk
Hanmer Springs merupakan kawasan kolam air panas semulajadi. Ada banyak kolam berlainan suhu. Kolam-kolam ini takde lumut macam kat Malaysia. Airnya mengalir. Airnya kekal panas walaupun pada musim sejuk. Jadi tagline dia ‘Anda boleh berbikini walau dalam musim sejuk’. Banyangkan kalau musim sejuk, saat kawasan sekeliling di litupi salji memutih, sekita Hanmer Springs kekal dengan aliran air panas semulajadinya. Nikmat…

Love is in the air
Memang semua orang memakai pakaian mandi jadi mama Malaya jadi perhatian jugalah sebab baju mandi mama ada tudung. Kami try semua kolam dari suhu biasa, sederhana sampai paling panas. Di tepi tiap-tiap kolam ada tulis suhu kolam tersebut.
Tempat persalinan dan kotak-kotak mengisi barang memang tip top. Bersih dan proper. Ada juga di sediakan peti simpanan menggunakan coin. 

Yang paling tak tahan, dalam bilik persalinan, dia orang selambenyer buka habis, ternganga mulut anak-anak kecik mama tengok. Tak larat ‘a a zim…’ (Astagfirullahhalazim) si kecik tu.  Tapi don’t worry ada bilik kalau kita tak rela buka secara terbuka. Hahahaha. Cuma satu je, kat sini tandas semua kering. Jadi kita memang kena cermat menggunakan tisu dan bawa air dalam botol mineral untuk final cuci.
Anak dan kereta tak boleh dipisahkan


Jadi botol mineral kosong memang teman setia kemana-mana. Cuci cermat-cermat, jangan sampai basah sana sini. Kita kena jaga imej kita sebagai orang Islam. Biar kita lebih bersih. Mujur anak-anak mama sangat faham dan menghormati. Mama dan Papa selalu pesan, bila kita berjalan, kita duta agama.

Kat Hanmer Springs kami menginap di Top 10 Holiday juga, family cabin. RM495 semalaman. Sangat best. Ada basikal untuk di sewa. Jadi anak-anak riuh rendah main dengan kawan-kawan kat sana. Ada sekali tu mama terdengar Haidar dok cakap melayu dengan anak mat saleh. Anak mat saleh tu macam faham je apa haidar cakap. Dia orang share basikal. 
Katil anak-anak dalam kabin


Mak budak tu kata, “The kids, they only have one language. They understand perfectly among each other”. Ye lah… kalaulah orang dewasa pun macam budak-budak, mesti tak ada isu bangsa, perebutan kuasa dan segala macam lagi.  Sharing is caring je yang dia orang tahu.

Wai Ariki
Pergi supermarket cari sos spaghetti, ada yang halal. Wah! Makan spaghettilah malam tu. Favorite anak-anak. Mujurlah anak-anak memang jarang makan ayam di Malaysia. Jadi senang sebab seafood memang banyak pilihan. Ikan dia macam-macam ada. Sayur dan buah heaven.

Entrance fee ada untuk single entry atau pass 2 hari. Hanmer Springs ni pekan sangat kecil, dan hot spring ini memang aktiviti utama. Mini group 2 adults dan 3 kids dalam NZD55 untuk single entry dan NZD95 untuk return entry 2 hari. Kat sini child up to 15 tahun. So Mama punya family 2 adults dan 4 kids. (tambah 1 tiket untuk kanak=kanak.

Wai Ariki
Masa on the way balik ke Christchurh dari Hanmer Springs, kami singgah di Wai Ariki farm. Bijak sangat orang ni. Buat mini zoo kat belakang rumah dia. Bukan besar mana pun, binatang dia pun bukannya banyak sangat tapi kemas berjaga. Ada small café untuk mama dan papa lepak tengok anak berlari kesana kesini.
Makanan untuk ternakan kita kena beli
NZD2 sepeket

Fun sebab pemandangan keliling cantik. Mama dok situ mencongak-congak income tuan mini zoo ini. Boleh tahan juga. Hanya kerana informasi tentang farm ini ada di online. Bijak!
Berkejaran dengan itik ayam


Balik ke Christchurch sampai dah agak petang sangat kami stay di North South camp. Family cabin. Cuci baju dan masak dua tiga bekas, prepare untuk esok nak start journey ngan campervan pula. Trip campervan kami join dengan group Trip Kekawan dari Malaysia.
Letih jugalah donkey tu nak jawab soalan-soalan Haidar


Buai laju-laju...
(Gambar kat Hanmer Springs tak banyak sebab kamera & phone simpan dalam locker, lagipun takut kurang pahala korang, semua bikini je...)

Nak tahu ceriter campervan klik
Nak baca entry Kaikoura dan Melbourne sebelum sampai Hanmer Springs.


Tuesday 5 May 2015

Kaikoura oh Kaikoura New Zealand


Kaikoura – New Zealand Nov 2014

Alhamdulillah Catatan perjalanan 2014 bersambung lagi.

Dari Melbourne kami menaiki Jetstar ke Christchurch. Flight malam dan tiba 5am. Ada satu masalah bila book fligt yang macam ni. Nak book hotel tak worth it, nak kena tunggu 8am baru semua office car rental buka. Airport clearence lagi tough dari Australia, tapi since mama dari bumi kangaroo, dia orang clearkan sebab properly pack, seal dan list kan untuk dia orang semua barang mama bawa. 
1st time nampak snowcap mountain


Mujur lah si comel sangat sporting
Perghhh… 5am ke 8am, 3 jam tu! Lepas solat terus cari port nak tido. Waktu tido, anak belum puas tido, nak makan dok fikir mana nak cari halal. Nak tido di airport kat sini memang takde peluang lah, landing sikit je, dia dah datang kejut (security). Sebab tak benar tidur. Suhu, ngilu ke tulang.

Sweet memory di Kaikoura
Susun beg, papa nyandar tido riba anak kecil. Yang lain semua bersandar sambil pejam. Mama yang gelisah sebab kesiankan anak-anak. Kehulu ke hilir mama dok fikir macam mana nak settle bila dia orang bangun kejap lagi dan lapar. Tadi dalam flight mama tapau blurberry muffin. Moga dia orang boleh terima.

Kat sini semua buka 8am. Jadi tak payahlah nak try kesana sini untuk call apa-apa ofis sebelum 8am. Bagusnya airport ada free call phone. Jadi tak payah ada phone line pun masih boleh contact hotel dan car rental company.

Banyak hotel di New Zealand, mama tak pre-book. Mama bawa envelop duit untuk book sebab trip ni NZ ikut sedap kaki. Mana rasa nak stop memang kami akan stop. Tapi dah google, hari ni nak tuju bandar di utara South Island ni, Kaikoura. 
Family cabin : 1 Queen 2 bunk bed
Yang best celik mata nampak snowcap mountain


Hajat tu kalau ada masa nak cross dengan ferry ke North Island melawat kawan sekolah di Wellington. Tapi tengok cuaca dan mood dulu ye, sebab mama ada tengok video rough sea time crossing tu. Ngeri jugak.

Tepat on the dot 8am, mama dah boleh call ke pejabat car rental. Yang lain semua lemau dan tersengguk-sengguk lagi. Terpaksalah mama kehulu ke hilir, arrange trolly untuk ke kawasan pick up di tepi airport. Lepas tu kejut dia orang. Mama beli simcard local pun di airport.

Nyenyak
Masuk dalam van, anak kecil masih nak tido, tapi van tak mau gerak sebab dia tak duduk di seat dan pakai seat belt. Walhal 10 min je pun dari airport. Disiplin kan dia orang? Akhirnya mama dudukkan dia dan tampung kepala anak yang masih berdengkur tu agar dia boleh pakai seat belt. Baru dia jalan…

Sepanjang jalan tepi pantai. Lepas tunnel tu
pemandangan makin cantik
Sampai car rental ofis, orang que panjang. Staff situ terus tegur aku dalam Bahasa Melayu. Rupanya orang Malaysia yang dah lama kat sini. Rose namanya. Fuh! Panjanglah mama berbual. Macam-macam mama tanya. Mama bagitau serba sikit plan mama. Dia suggest mama singgah Hanmer Spring (hot spring area) masa on the way pergi atau balik dari Kaikoura.

Aksi Iskandar
Katanya cantik. Boleh horse riding di kawasan gunung. Mesti best. Kat sini insuran tak wajib tapi mama ambil juga. Kerusi budak wajib. Mama ambil Toyota Estima.  GPS pun di sewa. So, taklah kita risau sangat.

Rental 1 minggu dalam RM1500(all in).  Lagi lama masa lagi murah. Minyak budget dalam RM250 sehari (NZD70-90). Minyak mahal kat sini. 
'Educating orang lain buat macam dia'


Baru separuh bukit posing dah 30 kali
Kaikoura dalam 2 jam perjalanan ke utara Christchurch. Nampak je kedai jual buah mama terus singgah beli buah-buahan, susu dan coffee. Suka sangat sebab banyak café kecil yang comel sepanjang jalan. Anak masih lentuk. Mama sengaja tak kejut sebab takut dia orang mula cari makan.

Bila lapar, explaination pasal halal dan haram kurang digest sikit, terutama yang kecil. So mama kumpul bahan makanan dulu baru kejut dia orang.

Jalan sikit, stop ambik
gambar lagi
Sepanjang jalan, subhanallah, sangat cantik. Kalau nak mewarna New Zealand, kita perlukan semua warna untuk melakarkannya. Di satu bukit ada semua, kuning, hijau, coklat, biru. Toleh kanan warna lain, toleh kiri warna lain. Mama dan papa, tak henti ucap Subhanallah. Cantik.



Sessi record video untuk family,
cikgu sekolah dan kawan di
Malaya
Sampai satu kedai, mama dapat pisang dan bahan-bahan mentah untuk masak nanti. Time tu baru perasan, banyak nyer barang yang ada, tak perlu bawa banyak pun dari Malaysia. Bawa pati tomyam dan belacan je. ;) Lain semua ada.

Lebih kurang 1 jam perjalanan, dah mula nampak snow cap mountain. Time ni dah tak boleh tahan, terus kejut anak-anak semua. Rugi pula kalau biar dia orang tido. Memang lepas tu kerap berhenti ambik gambar.

tak tahu excited apa...
Mama google online, book Top 10 holiday di Kaikoura. Pekan kecil tapi kemas dan menarik. Kalau kami sambung lagi 2 jam akan sampai ke Picton, pekan untuk cross ke North Island.

Tertarik ngan poster
Nak sampai, kami lalu di tepi pantai, indah… sangat indah.  Hari agak windy.  Tapi langit terang benderang. Dapatlah experience que, tunggu lembu melintas, ada beratus-ratus ekor. Lama juga lah menunggu. Sempat video dan hantar ke travel partner, Azahani di Malaysia. Dia pun terperanjat. Tapi sedih cowboy modern dah naik motor jaga lembu, bukan kuda.
Ratusan lembu melintas

Top 10 holiday dalam RM450 semalaman. Ada 1 queen dan 2 bunk bed.  Macam small bungalow. (budget hotel untuk family room lebih kurang RM500 semalaman). Kemas dan sangat comfortable. Ada taman mainan dan campervan site. Ada laundry, dapur, TV room dan playground. So lepak ngan anak-anak dalam camp site je pun dah fun.
Pemandangan dari bilik tido

Positive quotes lagi.
Orang yang tinggal disini rata-rata orang local dari seluruh NZ. Mereka memang suka travel bila hujung minggu. So happy sangat dapat mengopi dan borak-borak ngan mothers dari NZ. Rata-rata problem mak-mak satu dunia rasanya sama je. Anak begaduh, kuat minta duit, pak dia jenis tak ambik pot. Hehehe so mama lebih menghargai keluarga. Rupanya sama je… 
Hari2 try luck nak swim
with the dolphin


Plan nya hari tu nak pergi swim with the dolphin. Sampai sana katanya all tours di batalkan sebab cuaca buruk. Rough sea. So kami pun pergi mendaki bukit untuk melihat pemandangan Kaikoura dari puncak. Best, pecah peluh jugalah.

Local mat saleh rasanya jogging je naik atas dalam 10 min. Mama termengah-mengah 20 min nak sampai puncak. Keje stop bagi laluan. Cuaca sejuk. Best.

Pemandangan snowcap mountain dan lautan biru sangat indah. Takde perkataan nak gambarkan. Pergi je. Baru tau. Kami menghabiskan kualiti masa yang sangat best. Anak-anak buat video ucapan untuk guru-guru dan nenek dia orang. 
lawan lompat pun jadi...


Teringat juga dekat ibu di kampung. Kalau trip ni pendek, pasti akan bawa dia. Sebab sebulan dia tak nak. Lagipun memang bannnnyyyakkk sangat jalan setiap hari. InsyaAllah akan ku usahakan trip just dengan ibu nanti, mungkin London ka.  Waktu tenang begitu terus submit doa.

Banyak sangat mama berdoa ketika tu. Banyak sangat yang mama syukuri di dalam hati. Rasa macam tak mau turun dari bukit tu sebab best tengok gelagat anak. Setakat minggu kedua ini, kami makin rapat dan mengenali jiwa anak-anak lebih dalam. Mama dan papa pun kurang sikit jadi monster. Mungkin sebab suasana.

Budak terlebih enjoy sebab hujung trip dia nak nangis,
nanti citer
Lepas tu kami lepak-lepak tepi laut tengok singa laut liar. Masyarakat di New Zealand ni sangat menghormati dan memelihara alam sekitar. Mereka selalu pesan, kalau kita swim ngan Dolphin, kita enter the dolphin world not vice versa, jadi kena hormat tuan rumah. Buat apa yang dia suka, jangan paksa dolphin buat apa kita suka.  Bandar pun sangat-sangat bersih. Dipersisiran pantai ramai sangat tempat makan Cray fish. (rupa macam lobster).

Suasana tenang Kaikoura
Kami berjalan-jalan di Kaikoura town. (small town) dan berjumpa dengan taukeh Don Café. Orang Malaysia. Apa lagi sedap lah berborak, dari cerita macam mana dia mula datang berkerja sebagai electrician sampailah dia boleh buka café dan isterinya ada hotel sendiri. Dia pun suggest kami ke Hanmer Spring. Sangat cantik katanya. Burger dan fries dan Cray fish kat tempat Don sangat-sangat sedap. Memang tak boleh dilupakan special sos yang Don buat. Anak-anak makan dengan penuh selera.

Cray fish, sedapppp saiz ni NZD70
Cray fish segar, memang nyummmmyyy sangat, Kalau you all datang Kaikoura, cari kedai Don, kat hujung sekali, town dia tak sampai 1km dari hujung ke hujung, so memang senang nak jumpa,

Biri-biri pun pelik tengok Haidar
Nak tengok sheep sheering kat sini pun sangat murah, kat tepi laut tu ada.  Keesokannya pagi, ada ribut sangat kuat sampai terbalik semua tong sampah yang besar-besar di campsite. Kalau kat Malaya, penghuni hotel memang akan biar je lah staf hotel clearkan, tapi di New Zealand semua guest keluar bantu bersihkan kawasan selepas ribut. Hmmm…. Banyak menginsafkan diri sebenarnya.

Hari-hari masak di communal kitchen sempat berborak ngan ibu-ibu mat saleh di sana. Dia orang banyak pakai instant food. Tapi mama Malaya ni, perempuan melayu terakhir, kari lah, tomyamlah, masak kicaplah, masak merah bagai. Ada juga dua tiga orang kawan mat saleh datang bertenggek tengok chef Malaya beraksi. Sempat lah juga mama ni buat kelas masakan tak rasmi sebab duration mama masak sama je ngan timing dia orang masak instant food. 
Wild Seal


The next day que sekali lagi untuk wild dolphin atau whale. Dah siap briefing, siap naik bas pergi tepi pantai, siap telan pil mabuk laut, cuaca pula tak mengizinkan, kena patah balik. Itulah New Zealand, semua aktiviti sangat-sangat weather dependant. Redho je lah.

Sibuk 'kebumi'kan burung yang mati
Pergi pusing-pusing nak horse riding pun, angin atas pergunungan sangat kuat, semua aktiviti horse riding di hentikan. Safety first. Takpelah, kami pun looking forward nak ke Hammer Spring.  Aktiviti santai, naik basikal. Kat sini boleh pergi Lavender Farm juga. Mama sibuk cari minyak organic local.

Pemandangan time kunyah burger kat kedai Don
Ngopi dan tulis poskad kat tok di Malaysia. Mama nak anak tahu, walau dimana mama ada, ibu mama takkan dilupakan. Kami jalan-jalan di town yang sekelumit ini, beli baju diving untuk anak sebab kat Malaysia, wet suit tak banyak pilihan yang cantik. 

Wahhhhhh wish boleh bawa mak.  Nanti next entry citer Hanmer Spring & Wai Ariki pula ye. Stay tune. 

Read entry sebelum sampai sini, Melbourne