Friday 8 May 2015

Cerita Bikini & Hanmer Springs


Assalamualaikum dan goodday everyone!

Hari ini kita sambung cerita, journey Australia-New Zealand kita ye.

Dari Kaikoura ke Hanmer Springs jaraknya lebih kurang 130km (1 jam 45 min dari Kaikoura).  
Dari Christchurh ke Kaikoura 181km,  dalam 2 jam 30 min perjalanan,
dari Hanmer Springs ke Christchurh 133.5 km. (1 jam 45 min perjalanan.) 


Masa berendam
Kiranya kedudukan 3 bandar ini macam 3 segi,  kalau di Malaysia, jarak macam tu sekejap je kita tekan minyak. Tapi di New Zealand, speed limit sangat strict dan polis ada di mana-mana. Lagipun pemandangan indah tu menjadikan kita jadi sayang nak gerak laju-laju.  Kiri kanan jalan subhanallah… tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ladang belakang rumah je pun...
Lagipun saman dalam NZD kalau NZD300 pun dah dekat RM1000. Ishhhh tak sanggup akak. Polis kat sini bukan boleh nak adjust belanja kopi. Tambah lagi 1 saman pula nanti. Lagipun, sebagai orang Islam, malulah kalau kita melanggar peraturan sebab mereka sangat-sangat berdisipling dan menghormati orang lain. Biarlah kita pun tunjukkan teladan yang sama. Tak gitu?
Bawa tuala dan baju mandi, tak payah sewa
Pemandangan dalam perjalanan


Ok, let’s talk about Hanmer Springs secara general. Untuk sampai kesana, melewati kawasan kampung dan pendalaman yang jarang-jarang ada penghuni. Pemandangan sungguh indah dan mendamaikan. Rasanya tak habis jari 10 tu kira kereta yang berselisih sebab memang kami pilih guna jalan kampung.

Air anak sungai fuhhhh sungguh jernih, tak jumpa satu tempat pun yang kotor dan bersampah. Semua anak sungai dan sungai besar memang boleh nampak sampai ke dasar lah kiranya.  Walau sejuk airnya tapi memang tidak menghalang kami untuk berwuduk air sungai kerana macam nikmat tak terhingga.
Memanjang stop ambik gambar

Banyak sangat kawasan titian (titi) 1 lorong merentasi sungai-sungai tu. Bunga-bunga berbagai warna, ungu, kuning, oren, coklat dan macam-macam lagi bersilih ganti. Ladang kambing biri-biri memang kejap-kejap ada. Yang uniknya, kambing-kambing tu gemuk, gebu dan bagaikan tak bergerak langsung sebab di kaki kambing tu penuh rumput-rumput sihat. Agaknya gemuk kekenyangan.

Takde bunyi bising macam kambing kita, senyap sunyi je pun. Ada juga yang berkelompok dan berhimpit-himpit mungkin kenyang dan sejuk gamaknya. 

Kakak paling suka berendam air panas sebab cuaca sejukk
Hanmer Springs merupakan kawasan kolam air panas semulajadi. Ada banyak kolam berlainan suhu. Kolam-kolam ini takde lumut macam kat Malaysia. Airnya mengalir. Airnya kekal panas walaupun pada musim sejuk. Jadi tagline dia ‘Anda boleh berbikini walau dalam musim sejuk’. Banyangkan kalau musim sejuk, saat kawasan sekeliling di litupi salji memutih, sekita Hanmer Springs kekal dengan aliran air panas semulajadinya. Nikmat…

Love is in the air
Memang semua orang memakai pakaian mandi jadi mama Malaya jadi perhatian jugalah sebab baju mandi mama ada tudung. Kami try semua kolam dari suhu biasa, sederhana sampai paling panas. Di tepi tiap-tiap kolam ada tulis suhu kolam tersebut.
Tempat persalinan dan kotak-kotak mengisi barang memang tip top. Bersih dan proper. Ada juga di sediakan peti simpanan menggunakan coin. 

Yang paling tak tahan, dalam bilik persalinan, dia orang selambenyer buka habis, ternganga mulut anak-anak kecik mama tengok. Tak larat ‘a a zim…’ (Astagfirullahhalazim) si kecik tu.  Tapi don’t worry ada bilik kalau kita tak rela buka secara terbuka. Hahahaha. Cuma satu je, kat sini tandas semua kering. Jadi kita memang kena cermat menggunakan tisu dan bawa air dalam botol mineral untuk final cuci.
Anak dan kereta tak boleh dipisahkan


Jadi botol mineral kosong memang teman setia kemana-mana. Cuci cermat-cermat, jangan sampai basah sana sini. Kita kena jaga imej kita sebagai orang Islam. Biar kita lebih bersih. Mujur anak-anak mama sangat faham dan menghormati. Mama dan Papa selalu pesan, bila kita berjalan, kita duta agama.

Kat Hanmer Springs kami menginap di Top 10 Holiday juga, family cabin. RM495 semalaman. Sangat best. Ada basikal untuk di sewa. Jadi anak-anak riuh rendah main dengan kawan-kawan kat sana. Ada sekali tu mama terdengar Haidar dok cakap melayu dengan anak mat saleh. Anak mat saleh tu macam faham je apa haidar cakap. Dia orang share basikal. 
Katil anak-anak dalam kabin


Mak budak tu kata, “The kids, they only have one language. They understand perfectly among each other”. Ye lah… kalaulah orang dewasa pun macam budak-budak, mesti tak ada isu bangsa, perebutan kuasa dan segala macam lagi.  Sharing is caring je yang dia orang tahu.

Wai Ariki
Pergi supermarket cari sos spaghetti, ada yang halal. Wah! Makan spaghettilah malam tu. Favorite anak-anak. Mujurlah anak-anak memang jarang makan ayam di Malaysia. Jadi senang sebab seafood memang banyak pilihan. Ikan dia macam-macam ada. Sayur dan buah heaven.

Entrance fee ada untuk single entry atau pass 2 hari. Hanmer Springs ni pekan sangat kecil, dan hot spring ini memang aktiviti utama. Mini group 2 adults dan 3 kids dalam NZD55 untuk single entry dan NZD95 untuk return entry 2 hari. Kat sini child up to 15 tahun. So Mama punya family 2 adults dan 4 kids. (tambah 1 tiket untuk kanak=kanak.

Wai Ariki
Masa on the way balik ke Christchurh dari Hanmer Springs, kami singgah di Wai Ariki farm. Bijak sangat orang ni. Buat mini zoo kat belakang rumah dia. Bukan besar mana pun, binatang dia pun bukannya banyak sangat tapi kemas berjaga. Ada small café untuk mama dan papa lepak tengok anak berlari kesana kesini.
Makanan untuk ternakan kita kena beli
NZD2 sepeket

Fun sebab pemandangan keliling cantik. Mama dok situ mencongak-congak income tuan mini zoo ini. Boleh tahan juga. Hanya kerana informasi tentang farm ini ada di online. Bijak!
Berkejaran dengan itik ayam


Balik ke Christchurch sampai dah agak petang sangat kami stay di North South camp. Family cabin. Cuci baju dan masak dua tiga bekas, prepare untuk esok nak start journey ngan campervan pula. Trip campervan kami join dengan group Trip Kekawan dari Malaysia.
Letih jugalah donkey tu nak jawab soalan-soalan Haidar


Buai laju-laju...
(Gambar kat Hanmer Springs tak banyak sebab kamera & phone simpan dalam locker, lagipun takut kurang pahala korang, semua bikini je...)

Nak tahu ceriter campervan klik
Nak baca entry Kaikoura dan Melbourne sebelum sampai Hanmer Springs.


No comments:

Post a Comment