Memang family kami ni suka sangat buat kerja yang luar kebiasaan. Drive dari KL semata-mata nak datang lepak sini. Kami akan check in 2 malam. Biasanya Khamis malam. Kalau sampai staf situ dah tahu dah. Kereta bagi valet parking, Ahad lah baru kereta tu akan keluar balik terus ke KL.
Lorong nak ke City Square |
Ada satu peringkat tu, kerap sangat, sampai semua orang dah terbiasa tengok aku dan hubby dengan kain telekung dan kain pelikat keluar masuk lobby ke masjid sebelah dan gerai pokok ceri seberang jalan. Dah macam rumah kat kampung kami lah kiranya. Orang kat pokok ceri tu lagilah, dah tahu sangat, kalau breakfast, lunch, dinner, supper 3 hari berturut-turut. Bila nak balik pula, borong pulut panggang biasa 50-100 biji.
Kat kedai tu makanan pantai timur, banyak sangat pilihan kuih muih, lauk pauk, paling kami suka ulam-ulam dan tempoyak budu. Memang makan tak hingat. Pagi, lepas subuh je kami akan datang minum pagi sambil tunggu anak-anak bangun. Dia orang pun biasanya skip breakfast di hotel sebab suka makan kat sini. Time breakfast adalah time kami dating berdua, berborak, biasanya encik suami akan bagi tazkirah agama. Aku tukang dengar sambil tekun tambah berat badan.
Subuh kat masjid Al-Kausar ni tak ramai orang, biasa kami bertiga, aku, suami dan bilal. Tapi sedapnyerlah berada dalam masjid sewaktu tu. Sedap dengar bacaan suami ketika solat. Jelas! sebab semua sunyi sepi. Waktu solat lain pun best juga, sebab ada kuliah lepas solat.
Rombongan ke gerai pokok ceri |
Bertahun juga kami menjadi peng-check in setia hotel ini. Tapi, January 2015 menjadikan kami berat untuk ke sana lagi. Kerana pada January tu kami kehilangan seorang anak saudara, Nurfarahin binti Rahimi (11 tahun) di hotel tersebut kerana demam. Bukan kerana hotel, tapi kami tak pergi kerana anak-anak akan bersedih ingat Ain.
Ketika tu kami plan nak bercuti bersama keluarga Ain ke Johor Bharu namun ada beberapa event lain menjadikan hasrat kami tertangguh. Panggilan ibu Ain, Azahani, tentang pemergian Ain pada 01.01.2015 sungguh mengejutkan.
Separuh hari dalam kolam, macam-macam gaya, pertandingan dan aksi yang memeningkan pengunjung lain di sini.
Suara toksah ceritalah, tingkat 13 pun boleh dengar.
Mama biasanya akan jadi pemerhati, pembebel dan penunggu setia di tepi kolam.Yang paling kena banyak bebelan, of course, papa. hehehehehe.
Antara aksi-aksi anak di kolam yang paling kena banyak leter dan menjadikan mama punya blood go upstairs adalah aksi seperti di bawah.
hmmm... geram!!!!
Gitulah... |
Memori kami adalah harta kami yang tidak ternilai. Alhamdulillah, terima kasih Allah. |
No comments:
Post a Comment