Tuesday 12 June 2012

Al-Kisahnya

Assalamualaikum.. alhamdulillah minggu lepas walaupun bengkel di batalkan kerana gangguan teknikal dan kesihatan yang menyerang keluarga dan diri sendiri bukan alasan untuk saya mengabaikan tanggungjawab apabila ada 3 orang peserta yang 'terhadir' ke lokasi bengkel pada hari tersebut... maka dengan penuh happy kami telah membuat 'small bengkel' untuk kami aje. Bengkel yang di jadualkan dari 9:30am itu... surprisingly telah berakhir sehingga 1:30pm kerana peserta yang asyik nakkkk lagi... hehehehehe.

Walaupun bengkel hari itu di buat bukan untuk profit kerana wang peserta di dermakan kepada orang lain... yang telah bersabar menunggu kami berempat berkongsi maklumat dan pengalaman... namun saya amat bersyukur untuk berkenalan dengan 3 usahawan hebat yang hadir pada hari itu. Ini membuktikan bahawa kejayaan mereka adalah kerana sikap minda positif yang mereka miliki dalam mencari ilmu.

Perkongsian hari itu hasil ilmu yang di turunkan oleh Abang Abu, Mekanik Wang dari kursus IMKK Dr Azizan Osman... mengenai 

  • konsep rezeki
  • kompas wang
  • enjin wang
  • highway wang..


oleh kerana mereka begitu komited dan supportive kami melanjutkan kelas dengan Kenali Potensi Diri...
di harapkan sedikit ilmu yang di pelajari di IMKK dr Azizan Osman anjuran Richworks mampu memberi sedikit sebanya impak kepada tiga orang peserta ini...

Perserta 1 : Siti Rafiah dari Titian Permata Travel & Tours... baik dan friendly orangnya... sesuai dengan bidang yang di ceburi. Saya baru pertama kali berjumpa beliau namun saya dapat merasakan komitmen dan 'passion' beliau untuk memberikan servis terbaik memang jelas terpampang... untuk melihat pakej-pakej pelancungan yang di tawarkan oleh pihak beliau... boleh layari


Ini komen beliau di FB saya untuk kelas tersebut...

InsyaAllah kelas akan datang di jadualkan pada 23/6/2012 masih di Dataran Prima Ampang... sila isi borang di kanan blog ini untuk menyertai bengkel tersebut... semoga anda Kaya dan Berjaya. Kita nantikan apa komen pelajar ke 2 nanti.... 

Love you guys...
Mastura Saad
Online Marketing Specialist
0126243343
mastura.saad@cbdgroup.co.cc

No comments:

Post a Comment