Monday 11 June 2012

Tips Irfan Khairi

Tips mudah daripada pakar usahawan Internet IK (Irfan Khairi)
juga dikenali dengan Jutawan Internet Malaysia.

Sebagai usahawan Internet ia memerlukan 4 perkara asas ini
sebelum menceburi bidang ini. Ya..memang benar untuk
melakukan perniagaan internet memang mudah tetapi untuk
menjana pendapatan agak sukar JIKA tidak kena pada caranya.

4 perkara asas yang perlu dikuasai sebelum menceburi perniagaan
internet :-

1) Perlu mengenal pasti dulu perniagaan apakah yang ingin dilakukan.
- Adakah kita ingin menawarkan produk digital ataupun fizikal. Mungkin
juga untuk menawarkan perkhidmatan.
-Contoh produk fizikal : CD, DVD, Buku Novel dan lain-lain.
-Contoh produk digital : Ebook, Audio, Video, Software dan lain-lain.
-Contoh produk berasaskan perkhidmatan : Membuat website, tulis artikel
dan lain-lain.

2) Memiliki laman web perniagaan.
- Ia seumpama kedai anda dan disitulah pengunjung ataupun prospek
mengenalpasti apakah tawaran anda DAN harus diingat bahawa ia boleh 
menjadi satu perniagaan yang dipasarkan secara global.
- Nasihat dari pakar mencadangkan supaya memiliki domain ataupun
nama website anda sendiri seperti www. NAMAANDA .com daripada
www. NAMAANDA .blogspot .com dan seumpamanya.

3) Menerima bayaran secara online.
- Ilmu menerima bayaran juga perlu dikuasai kerana boleh kena tipu
kalau tidak faham kaedah bayaran online yang ramai IMers seluruh 
dunia praktikkan.

4) Promosi laman web anda.
- Inilah langkah paling kritikal sebenarnya dalam perniagaan internet.
Ramai yang kecundang dalam perniagaan internet kerana tidak tau
atau kurang melakukan promosi. 
- Teknik pemasaran yang betul mesti dikuasai dan kita tidak boleh
sewenangnya mempromosi sesuka hati dan melakukan spamming
di sana-sini.Itu akan melanggar kesalahan dan silap-silap website
anda akan di banned.

NOTA : Sebenarnya TIDAK BANYAK beza melakukan perniagaan
internet dengan perniagaan konvensional yang lain. Yang membezakan
hanyalah mediumnya sahaja. Tahap kerajinan sudah tentu menjadi 
faktor kejayaan juga.

Semoga pengetahuan asas ini membantu anda yang ingin melakukan
perniagaan internet kelak. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment